Kerajaan cari mekanisme terbaik selesaikan harga tiket mahal ke Sabah, Sarawak
Kerajaan cari mekanisme terbaik selesaikan harga tiket mahal ke Sabah, Sarawak
Kerajaan sedang memperincikan mekanisme terbaik untuk mencari penyelesaian kadar tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak yang harganya kini melonjak melebihi RM1,000.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata perkara itu juga ada dibincangkan pada mesyuarat Kabinet semalam dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan mandat itu kepadanya untuk diselesaikan.
“Perkara ini ada dibincangkan dan secara prinsip, ia mendapat sokongan daripada jemaah menteri, jadi saya akan lihat mekanisme terbaik untuk menentukan harga tiket ketika musim perayaan.
“Saya harap sedikit masa lagi Kementerian Pengangkutan akan dapat membuat pengumuman baik mengenai kadar tiket penerbangan membabitkan penumpang ke Sabah dan Sarawak,” katanya selepas memberikan sumbangan kepada penumpang pesawat khas Air Asia dengan kadar tetap ke Tawau, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), hari ini.
Sementara itu, Loke berkata, pihaknya juga sedang menilai inisiatif baharu untuk pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang turut mengalami masalah sama.
“Mereka ini bukan saja pulang pada musim perayaan, namun turut balik ketika cuti semester dan sebagainya.
“Jadi kita akan memberi keutamaan kepada pelajar IPTA ini dulu, malah kementerian juga sudah mengenal pasti 50,000 pelajar IPTA di Sabah dan Sarawak.
“Kita juga sudah menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk dapatkan data mereka. Jumlah itu bukan saja mereka yang balik ke Sabah dan Sarawak, tetapi turut membabitkan pelajar Semenanjung yang menyambung pengajian di Borneo,” katanya.
Loke berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti peruntukan yang boleh digunakan untuk inisiatif membantu pelajar berkenaan. BH
Kerajaan cari mekanisme terbaik selesaikan harga tiket mahal ke Sabah, Sarawak
Baca Artikel Menarik:
- Sol tak balik raya, kami reda – Yusof Haslam
- View Chin fitnah, tunggu tindakan saya – Ah Moi
- View Chin pukul Ah Moi
- 2 singa sarkas terlepas kandang ketika persembahan [VIDEO]
- SPRM buru Siti Liyana
- Rakan Mahathir tak malu jadi bankrap
- Adam Lee mengamuk di kedai karpet [VIDEO]
- Syamsul kaki pusing cerita – Puteri Sarah
- Ah Moi letak syarat, minta View Chin pecat orang ketiga
- Nafkah anak minta diskaun, berbini dua boleh pulak
- Anak sulung Puteri Sarah sambut hari jadi tanpa kelibat ayah
- Tak sesalkah mereka runtuhkan masjid?
- Puteri Sarah Dianggap Melampau Tak Tutup Aib Suami
- Waran tangkap jika Ustaz Wadi tidak hadir 2 Mei ini
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?
You must be logged in to post a comment.