Selamba bakar mencun tengah jalan raya MRR2, pelaku akhirnya dikutip polis

Sedutan video tular menunjukkan seorang lelaki membakar mercun di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

PETALING JAYA: Polis manahan seorang pemandu lori kerana disyaki membakar mercun di tengah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) semalam.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan selepas satu video memaparkan tindakannya itu tular di media sosial, lapor Sinar Harian.

Farouk Eshak berkata, lelaki itu ditangkap jam 10 malam oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ampang Jaya.

“Suspek dipercayai membakar mercun jenis cake (138) kerana diminta oleh pelanggan premis milik rakannya.



“Aksi suspek itu dirakam sebelum dimuat naik menerusi Facebook dan menjadi tular serta kemudiannya dikesan oleh pihak polis,” katanya yang memberitahu suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Suspek direman empat hari di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

“Kes disiasat bawah Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya.

Pada Jumaat, tular satu video memaparkan seorang lelaki bertindak membakar mercun dipercayai di lebuh raya MRR2.



Video berkenaan mengundang kecaman warganet yang bimbang tindakan tersebut boleh membahayakan pengguna lebuh raya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker