Lelaki warga Korea dipukul di Sabah kerana lewat bayar gaji [VIDEO]

KOTA KINABALU – Majikan lewat membayar gaji punca seorang lelaki warga Korea dipukul oleh sekumpulan pekerja binaan di sebuah tapak pembinaan di sini pada Sabtu.
Lelaki berusia 53 tahun yang merupakan Pengarah Projek Pembinaan di sebuah syarikat swasta itu mengalami kecederaan lebam dan bengkak sebelum bertindak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada jam 12.40 tengah hari Ahad.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, selain laporan polis yang dibuat mangsa pihaknya turut mengesan empat video yang tular di aplikasi WhatsApp berhubung kejadian itu.
“Video itu memaparkan sekumpulan pekerja binaan di sebuah tapak binaan yang menyuarakan rasa tidak puas hati berkaitan isu kelewatan pembayaran gaji sehingga bertindak memukul mangsa yang merupakan pengarah projek berkenaan.
“Pengadu kemudian telah membuat laporan polis dan akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan lebam dan bengkak di beberapa anggota badan serta telah mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth sebagai pesakit luar,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, susulan daripada laporan itu siasatan telah dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Polis kemudian menahan dua suspek yang terlibat dalam kejadian ini dan dua lagi rakan mereka sedang dikesan turut terlibat dalam kejadian ini.
“Hasil siasatan mendapati punca kejadian merusuh disebabkan keempat-empat suspek serta pekerja lain tidak berpuas hati disebabkan kelewatan pembayaran gaji pekerja,” katanya.
Sehubungan itu, Mohd Zaidi menasihatkan orang awam yang mempunyai pertikaian supaya menyelesaikannya mengikut saluran undang-undang dan tidak menggunakan sebarang kekerasan yang boleh membawa risiko undang-undang.
Sebelum itu, empat video masing-masing berdurasi dua minit 47 saat, 27 saat, dua minit 3 saat dan 30 saat memaparkan seorang lelaki diserang oleh sekumpulan pekerja di sebuah tapak pembinaan.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Emraz batal bayaran balik umrah tertangguh
- Baju Melayu ‘low’ kualiti, pemasaran bukan main gempak
- Diana Danielle lancar apa pulak tu
- Atu digelar anjing, enggan halalkan duit RM30 ribu
- Sharnaaz Ahmad dah ada kekasih tapi malu nak cerita
- Sami India Mahu Tawan Kota Mekah
- Putera Mateen Lengkap Berbaju Melayu Di Masjid Nabawi (Video)
- Sharnaaz Ahmad Minta Peminat Hormati Status Noor Nabila
- Lelaki mengamuk kena reject masa ngorat bini orang [VIDEO]
- Shuhada Isteri Hafidz Roshdi umum hamil
- Shila Amzah nafi bini muda ND Lala, Siti Munirah rakan baiknya
- Pelakon High Council, Mierul Aiman teruk dikecam gara-gara vape depan peminat
- Rindu sangat dengan abah – Syada Amzah
- Isteri tak sangka arwah Koperal pulang dalam kain kapan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET