Ka Siong bedal Anthony Loke, harga tiket pun tak tau semak

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong membidas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang mendakwa beliau tidak menyemak harga tiket penerbangan terlebih dahulu sebelum membuat hantaran di Facebook.
Ka Siong yang merupakan mantan Menteri Pengangkutan dalam hantaran terbaharu menunjukkan bukti harga tiket kelas ekonomi bagi penerbangan Kuala Lumpur-Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri mencecah RM3,138.
Menerusi hantaran di Facebook pada Ahad, beliau memaparkan tiga semakan berasingan menggunakan aplikasi yang sama pada jam 3.30 petang, Ahad.

“Jelas dipaparkan harga tiket kelas ekonomi Kuala Lumpur-Tawau adalah RM3,138. Jadi, masih seorang insan bernama Wee Ka Siong dipersalahkan?

“Kalau saya didakwa oleh Anthony tidak memeriksa sebelum membuat hantaran Facebook, saya tetap menunjukkan bukti mempertahankan apa yang saya katakan semalam termasuk screenshot (tangkap layar) harga tambang Kuala Lumpur-Tawau bernilai RM3,138 semalam.

“Hari ini jam 3.30 petang kadar harga dipaparkan dalam super app yang diakses oleh tiga individu berlainan menunjukkan harga yang sama RM3,138,” katanya.



 

Ka Siong memaparkan tiga semakan berasingan menggunakan aplikasi yang sama pada jam 3.30 petang, Ahad.
Ka Siong memaparkan tiga semakan berasingan menggunakan aplikasi yang sama pada jam 3.30 petang, Ahad.

Sebelum ini, Ka Siong mempertikaikan harga tiket penerbangan Kuala Lumpur-Tawau sempena Hari Raya Aidilfitri yang disifatkan terlalu mahal.

Bagaimanapun, Anthony Loke menafikan dakwaan harga tiket kelas ekonomi bagi penerbangan tersebut dijual mahal.

Sebaliknya, beliau berkata, semua tiket kelas ekonomi untuk penerbangan berkenaan telah habis dijual dan ketika ini tiket yang tinggal adalah kelas perniagaan.



Mengulas lanjut, Ka Siong meminta agar Ahli Parlimen Seremban itu menarik semula tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

“Tuduhan yang dilemparkan oleh Anthony terhadap saya adalah tidak berasas dengan bukti-bukti yang telah ditunjukkan. Mohon tarik balik tuduhan liar tersebut.

“Isu pokoknya ialah bagaimana kerajaan dapat menawarkan harga tambang yang berpatutan kepada rakyat, bukan membidas saya secara semberono!” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mencadangkan Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) menyiasat kemungkinan wujud aplikasi yang menjual tiket penerbangan secara haram.



“Saya cadangkan MOT dan Mavcom siasat kenapa pada waktu laman web Malaysian Airlines (MAG) menunjukkan hanya kelas perniagaan disediakan, bagaimana mungkin super app lain menunjukkan masih terdapat tiket tambang ekonomi dari Kuala Lumpur-Tawau dengan harga RM3,138?

“Apa yang sebenarnya berlaku? Ada super app ‘haram’ yang memaparkan maklumat palsu? Siapa tempah dahulu tiket tambang ekonomi dan siapa pula yang mengaut keuntungan? Saya serahkan kepada MOT untuk mencari jawapan,” ujarnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker