Tiga tahun tipu suami dengan bersolek

Tiga tahun tipu suami dengan bersolek

JAKARTA: Demi mahu sentiasa kelihatan cantik di depan suaminya, seorang wanita sanggup memperdayakan lelaki itu dengan helah solekan tebal selama hampir tiga tahun.

Wanita dikenali sebagai Christie mengaku bahawa dia berbuat demikian kerana tidak ingin suaminya melihat wajah asli dirinya ketika bangun tidur.



“Selama ini suami saya menyangka saya langsung tidak menggunakan sebarang alat solek. Padahal sejak tiga tahun lalu, saya sanggup bangun awal subuh untuk berdandan dan tidur semula,” jelasnya di video Tiktok.

Helah solekan Christie tidak keterlaluan dan dia tidak menggunakan produk pembayang mata atau glitter tetapi solekannya mampu memberikan kesan wajah yang segar dan natural.

Christie menggunakan kontur di beberapa kawasan selain concealer atau penutup cela di bawah mata supaya wajahnya tidak kelihatan letih atau kurang tidur.

“Bagi memberikan kesan mata yang lebih menawan, saya juga menggunakan maskara untuk menjadikan bulu mata lentik secara realistik.



“Selebihnya, saya hanya menyikat kening menggunakan produk gel kening, maskara coklat dan gincu merah jambu semulajadi,” jelasnya.

Sebilangan netizen memberikan banyak komen prihatin terhadap tindakan Christie, malah ramai memuji kecantikan semula jadi dimilikinya dan menasihatkan wanita itu berhenti bangun pada waktu subuh untuk bersolek. Utusan

Tiga tahun tipu suami dengan bersolek

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject



Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker