Sazali P Ramlee tak akan berhenti berharap
Sazali P Ramlee tak akan berhenti berharap
“Harapnya kerajaan dapat memaklumkan keputusan dicapai berhubung tambahan tempoh kontrak pembayaran royalti yang dimohon atas karya seni arwah bapa saya sebelum Ogos depan,” kata anak Allahyarham Tan Sri P Ramlee, Sazali, 64.
Tarikh 29 Mei depan adalah tarikh royalti P Ramlee akan tamat tempoh selepas 50 tahun pemergiannya sebagaimana mengikut kontrak perjanjian yang diurus Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik Berhad (MACP).
“Bayaran royalti daripada MACP itu saya dapat sekali dalam setahun dan pada Ogos depan adalah kali terakhir ia (bayaran) akan diterima. Sekiranya kerajaan masih belum ada keputusan untuk melanjutkan kontrak tambahan tempoh royalti dimohon, maka tamatlah semuanya.
“Mulai tahun 2024 nanti, saya tidak lagi mendapat bayaran royalti dan ia membebankan kehidupan saya dan isteri, Hamidah Hitam yang mempunyai masalah kesihatan. Selama ini, dengan wang royalti diterima yang membantu kami berdua menguruskan kehidupan.
“Ini kerana, bayaran royalti itu menjadi kegunaan saya dan isteri, mendapatkan rawatan doktor pakar dan pemeriksaan kesihatan berkala di hospital di Cheras, selain untuk kos sara hidup kami. Maklumlah, kami berdua sudah tua dan masing-masing tidak sihat pula.
“Jadi, kalau wang royalti sudah tidak dapat lagi, memang menjejaskan kami kerana pergantungan punca rezeki sudah tiada. Saya pun tak boleh bekerja lagi selepas mengalami kemalangan pada 2015 lalu,” katanya kepada Harian Metro.
Sazali berkata, bagi bayaran royalti tahun lalu dia mendapat RM17,000 daripada MACP dan jumlah itu sudah jauh berkurangan daripada pernah diperoleh sebelum Covid-19 menyerang sejak 2020 lalu dengan adanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebelum ini, Harian Metro melaporkan luahan hati Sazali yang buntu apabila kontrak royalti karya bapanya yang diperoleh daripada MACP selama ini akan tamat tidak lama lagi.
Pada 29 Mei depan, genap 50 tahun P Ramlee meninggal dunia akibat sakit jantung, meninggalkan peminatnya dengan legasi tidak ternilai melalui karya seni filem dan lagu merentas zaman.
Sepanjang tempoh itu, mengikut Akta Hak Cipta 1987, royalti daripada karya lagu P Ramlee diagihkan kepada waris, iaitu isterinya, Allahyarham Puan Sri Saloma sehingga Biduanita Negara itu meninggal dunia pada 25 April 1983.
Royalti kemudian diagihkan kepada anak mereka, Allahyarham Nasir P Ramlee yang sepakat membahagikan perolehan diterima kepada beberapa waris lain.
Apabila Nasir meninggal dunia pada 23 November 2008, kontrak royalti yang diuruskan MACP sebagai badan pengutip royalti berdaftar itu diteruskan kepada waris lain termasuk Sazali. HM
Sazali P Ramlee tak akan berhenti berharap
Baca Artikel Menarik:
- SPRM tahan pegawai kanan menteri sumber manusia
- Bekas setpol didakwa terima suapan lebih RM400,000
- Elizabeth Tan Mohon Maaf Terlanggar PM Anwar Ibrahim [VIDEO]
- Iqram Dinzly ajak berzina di dalam masjid
- Shuib Umum Nikah Watie Jun Ini
- Baju cerai Puteri Sarah lagi cantik dari baju nikah Ira Kazar
- Lakon Babak Ranjang Depan Kamera, Pelakon Wanita Ini Kongsi Pengalaman
- Suami Naz Zainal ingatkan tentang Padang Mahsyar
- Lelaki mengamuk halang jemaah solat tarawih ( Video)
- Shahidan ganti Hamzah sebagai Ketua Pembangkang?
- Ibu tak fail cerai – Syada Amzah
- Ibu dalam pantang maut kesan tikaman di leher di Bachok
- Alicia diminta nikah semula dengan bekas suami
- Momen Puteri Sarah Dan Syamsul Yusof Duduk Sebelah [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek