Rangka wanita ditemui dalam bagasi

Rangka wanita ditemui dalam bagasi

Polis menemukan rangka milik seorang wanita berusia 25 tahun yang disumbat dalam sebuah bagasi di hentian bas hadapan Tenaga Nasional Berhad (TNB) Kulai, semalam.

Ketua Polis Kulai, Tok Beng Yeow, berkata pihaknya dimaklumkan berhubung penemuan itu pada 1.50 tengah hari dengan mayat tersebut sudah reput lebih 50% serta berulat.



“Polis menerima panggilan daripada seorang lelaki memaklumkan terdapat satu beg berisi mayat ditemukan. Rangka mayat itu kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru untuk proses bedah siasat.

“Hasil bedah siasat mendapati, jantina mayat berkenaan adalah seorang wanita berusia anggaran 25 tahun, dengan terdapat kesan kecederaan di bawah kulit bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, punca kematian masih dalam siasatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Kami mohon kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian ini tampil ke IPD Kulai bagi membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Sivachandran di talian 016 2850204,” katanya. FMT



Rangka wanita ditemui dalam bagasi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Da’i Syed tutup episod kes rogol, buka lembaran baru



Syasya Dolla jangan seksi sangat – nenek

Ini sebab Diana tolak tawaran Farid



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker