409 anggota, pegawai UTK terima elaun khas RM525
409 anggota, pegawai UTK terima elaun khas RM525
Seramai 409 anggota dan pegawai Unit Tindakhas (UTK) polis akan menerima elaun tambahan khas sebanyak RM525 sebulan bermula Feb tahun ini.
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membuat ketetapan untuk menyalurkan elaun khas itu yang dikenali sebagai elaun kawalan rapat kenamaan (KRK).
“Untuk (elaun) ini, (UTK) adalah satu unit elit yang bekerja sepanjang masa dan proses latihan juga berat serta turut diberikan tugas yang spesifik.
“Jadi JPA membuat ketetapan untuk kumpulan elit ini diberikan elaun tambahan khas sebanyak RM525 bermula Feb tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa polis bersama Penduduk Kampung Sungai Haji Dorani, Sabak Bernam.
Turut hadir Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani.
Terdahulu, Saifuddin menerusi Facebook rasminya memaklumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluluskan pemberian elaun itu kepada anggota dan pegawai UTK semalam.
Sementara itu, Saifuddin berkata cuti kira-kira 90% daripada 130,000 anggota dan pegawai polis di seluruh negara dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan pada musim perayaan ini.
Bagaimanapun, anggota dan pegawai yang bertugas akan dibenarkan bercuti secara bergilir-gilir dengan mereka yang telah bercuti ketika Aidilfitri.
Saifuddin berkata meskipun ketika musim perayaan, penugasan polis dalam semua aspek amat penting dan pihaknya tidak akan berkompromi daripada segi tanggungjawab menjaga keselamatan, mengekalkan keharmonian serta keamanan negara.
“Semua perkara perlu diambil kira seperti penugasan kawalan trafik yang meningkat pada musim perayaan ini manakala elemen keselamatan lain juga diberi tumpuan kerana kebanyakan penduduk balik ke kampung dan meninggalkan kediaman atau premis perniagaan mereka,” katanya. FMT
409 anggota, pegawai UTK terima elaun khas RM525
Baca Artikel Menarik:
- Isteri diganggu pegawai DBKL, lelaki mengeluh siasatan tiada kemajuan
- Bertaubatlah Diana – Farid
- Diana nak cerai, tolak tawaran Farid
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Melompat gembiralah dia sekarang
- Tipis nampak anak bulan malam Jumaat – mufti Kedah
- Jangan ‘double standard’ berkait Zahid dan Najib, Puad beritahu Hassan Karim
- Penceraian Syamsul-Sarah, Yusof Haslam dan isteri pasrah atas segala keputusan
- Trend di TikTok Najib popular, setuju diampunkan
- Diana langgar perintah mahkamah – Farid Kamil
- Lelaki mabuk maki wanita beli juadah berbuka puasa, ditahan polis
- Puteri Sarah Tetap Menjadi Menantu Kesayangan – Yusof Haslam
- Musnah Disebabkan Satu Kesilapan – Yusof Haslam
- Sanusi akhirnya ‘disekolahkan’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mak mentua yang dihalau muncul semula – Farid Kamil