Najib tinggal lagi satu kes sahaja, 1MDB-Tanore

kes 1MDB-Tanore dimana Najib pulangkan lebihan wang derma AS$620 juta daripada Arab Saudi yang diterimanya.

Oleh Norzahira

MUSUH-musuh Datuk Seri Najib Tun Razak sedang usaha bersungguh-sungguh untuk mengagalkan permohonan Pengampunan DiRaja beliau. Bermacam-macam versi timbul berkenaan jumlah kes Najib yang belum selesai.

Mereka cuba mengelirukan berkenaan kes yang sedang dihadapi oleh beliau dengan kes yang sudah selesai dan berkemungkinan besar digugurkan. Kononnya Lembaga Pengampunan perlu mengambil kira empat kes lain yang dihadapi Najib.



Sebenarnya kini hanya tinggal satu sahaja lagi kes yang perlu Najib selesaikan iaitu kes 1MDB-Tanore dimana Najib pulangkan lebihan wang derma AS$620 juta daripada Arab Saudi yang diterimanya.

1. Kes 1MDB-Tanore – belum selesai
2. IPIC – ditangguhkan berkemungkinan “drop”
3. SRC – Selesai
4. Audit – selesai

Najib menggunakan penghakiman menentang oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Abdul Rahman Sebli bagi menyokong permohonan pengampunan dirajanya.

Pada 31 Mac lalu, Rahman mengeluarkan penghakiman minoriti setebal 78 muka surat yang menyatakan Najib tidak mempunyai representasi undang-undang, apabila panel Mahkamah Persekutuan mendengar dan menolak rayuannya dalam kes rasuah SRC International.



Kuasa memberi keampunan adalah di bawah Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 42(1) dan 42(2) Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah Perkara 42(5) Lembaga Pengampunan membabitkan Peguam Negara, Menteri Persekutuan yang bertanggungjawab (Perkara 42(11) dan tidak lebih daripada tiga orang anggota lain yang dilantik oleh Agong.

Menurut Perlembagaan, Lembaga Pengampunan perlu dianggotai Peguam Negara atau wakilnya, Menteri Besar atau Ketua Menteri atau Menteri Wilayah Persekutuan, dan tidak lebih tiga anggota lain yang dilantik lembaga itu dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong

Baru-baru ini Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO juga memohon ihsan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, untuk mempertimbangkan pengampunan penuh kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.



Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata ia sebagaimana kuasa diperuntukkan mengikut Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.

Pada 31 Mac lalu, Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Najib untuk mendapatkan kebenaran bagi menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak rayuan akhir kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International.

Oleh itu, pilihan terakhir Najib untuk dibebaskan adalah menerusi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong.

Sebagaimana yang rakyat tahu Najib dinafikan perbicaraan yang adil. Kini beliau mohon pengampunan DiRaja namun musuh-musuh politik beliau masih berterusan cuba menghalang pembebasan Najib.



Mereka tahu bebasnya Najib bermakna Pilihan Raya Negeri akan memihak pada kerajaan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker