JDT bukan penjara – TMJ

JDT bukan penjara – TMJ

Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa kelab itu bukan penjara bagi mana-mana pemain.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjelaskan pihaknya tidak menghalang mana-mana pemain yang mahu beraksi di luar negara.



Beliau turut mendedahkan bahawa JDT belum menerima tawaran daripada kelab lain untuk mendapatkan pemain muda sensasi negara, Arif Aiman Hanapi.

“Kalau siapa nak (pemain JDT), bagi tawaran, duit yang mana kami boleh hasil daripada pendapatan itu dan kelab bola sepak kami bukan penjara. Siapa yang nak ke luar negara mereka boleh ke luar negara,” katanya dalam satu video temu bual di Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Selain itu, TMJ turut berpendapat bahawa tidak semua pemain yang beraksi di luar negara bagus serta mampu menyumbang impak yang baik terhadap prestasinya dan juga pasukan kebangsaan.

Beliau bagaimanapun berkata, ia bergantung kepada kategori liga kelab yang disertai pemain itu sama ada mampu memberi jaminan dia boleh berada dalam kesebelasan utama atau boleh meningkatkan lagi prestasi mereka.



“Kalau kita tengok Luqman (Hakim Shamsudin) sekarang, kesian juga saya tengok kerana dia adalah pemain yang baik, ada atitud yang baik. Tetapi kualiti perlawanan, minit atau pun peluang Eropah atau Jepun dan Korea juga bukan senang.

“Kita tengok Hadi Fayyadh (Abdul Razak) mula-mula pergi (Jepun), mana Hadi Fayyadh hari ini, main Perak. Sama juga Wan Zack Haikal (Wan Noor) atau pun pertahanan kiri, Nazirul Naim Che Hashim.

“Tak semestinya main di luar (negara) sahaja, bagus. Pandangan saya, saya tak setuju dengan pendapat itu. Bukan sahaja saya, anda boleh tanya mana-mana jurulatih dan orang yang berada dalam industri bola sepak negara.

“Baru-baru ini pun apabila penyokong mengangkat Nooa Laine, pemain tengah baharu bermain bersama skuad kebangsaan dan dia beraksi di Finland. Tetapi apabila main, penyokong juga menghentam dia dengan mengatakan dia tak cukup bagus untuk pasukan kebangsaan,” katanya. BH



JDT bukan penjara – TMJ

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak



Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker