Menjelang waktu berbuka puasa, kedai elektronik dirompak penjenayah

Tiga perompak dirakamkan menerusi CCTV memasuki sebuah kedai elektronik di Garut pada Khamis lalu. – Foto Dok Apple Store Cimanuk Kabupaten Garut

Tiga orang pencuri termasuk dua wanita merompak sebuah kedai elektronik yang ditutup menjelang waktu berbuka puasa di Jalan Cinamuk, Mukim Garut Kota, Jawa Barat pada Khamis lalu, lapor portal berita Tribun Cirebon semalam.

Pemilik kedai, Krisna Gustia berkata bahawa ketika kejadian, seorang pekerja kedainya hendak pergi ke warung dan masjid kerana mahu berbuka puasa, manakala seorang lagi berada di bahagian belakang kedai.

Kejadian itu dirakam menggunakan sistem televisyen litar tertutup (CCTV).

Dalam rakaman itu, seorang lelaki bertopi dan berjaket biru masuk dan mencuri barang di dalam kedai tersebut.

Selang beberapa saat kemudian, dua wanita turut masuk ke dalam kedai dan dengan santai mengelilingi premis perniagaan tersebut. Perompak perempuan bertudung hitam kemudian keluar disusuli lelaki bertopi itu.

Lelaki itu dirakam memasukan barang rompakan ke dalam jaketnya. Dia melarikan komputer riba Macbook Air M1 dianggarkan berharga lebih 15 juta rupiah (RM4,421).

“Kejadian ini sudah diketahui oleh polis yang sudah memeriksa lokasi,” kata Krisna. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker