Resepi biskut raya wajib buat

Ini 10 Idea Biskut Raya Sedap, Berwarna-warni & Beraneka Corak , Confirm Sebalang Tak Cukup!

Resepi biskut raya wajib buat

Nak jamu tetamu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, mesti kena ada biskut raya yang sedap kan? Bosan juga kalau asyik jamu cornflakes madu dan almond London sahaja. Jangan risau, apa kata anda cuba 10 resipi biskut raya di bawah untuk dihidangkan kepada tetamu yang menziarahi. Confirm licin dan tak cukup sebalang!

10 RESEPI BISKUT RAYA MUDAH & SEDAP, CONFIRM LICIN!

1. BISKUT TEMBIKAI POTONG

Bahan-bahan:

250gm buttercup
180gm gula halus
300gm tepung gandum (diayak)
150gm tepung jagung (diayak)
5 sudu cornflakes (diblend halus dan diayak)
1 biji kuning telur
Pewarna kuning, merah & hijau
Bijan hitam (untuk hiasan)

Cara penyediaan:

1. Masukkan butter dan gula. Kacau hingga sebati.

2. Masukkan kuning telur dan kacau lagi.

3. Masukkan tepung gandum + tepung jagung + cornflakes. Gaul hingga rata

4. Bahagikan doh kepada 2/3 bahagian bergantung kepada warna apa yang anda mahukan. Sama ada warna merah atau kuning atau nak dua-dua dan warna hijau.

5. Pastikan doh warna hijau kurang sedikit dari warna merah dan kuning.

6. Buat bulat-bulat kecil ikut selera masing-masing (buat sama banyak tau)

7. Leperkan bulat-bulat hijau sebab nak jadikan kulit luar.

8. Masukkan bulat-bulat merah atau kuning atas kulit hijau tadi dan pastikan kulit hijau meliputi kesemuanya.

9. Buat sampai siap dulu baru ambik pisau yang paling tajam.

10. Bulat-bulat yang dah siap tadi dibelah 4 macam belah telur tu

11. Susun bijan dekat doh yang dipotong itu.

12. Masukkan dalam papercup. Bakar pada suhu 180 selama 20 hingga 30 minit atau sehingga masak. Bergntung pada oven masing-masing.

2. TART BUNGA TULIP

Bahan-bahan:

250gm butter/majerin
30gm gula halus
1 biji kuning telur
300gm tepung gandum
200gm tepung jagung
1/4 cawan susu pekat
1 sudu kecul esen vanila
Pewarna yang disukai
Jem nanas

Cara penyediaan:

1. Pukul butter dengan gula menggunakan senduk kayu. Kemudian, masukkan telur, susu dan esen vanila.

2. Ayak tepung gandum dan tepung jagung. Masukkan dalam adunan sikit-sikit ya. Kalau tepung dah habis letak tapi masih lembik boleh tambah tepung lagi sikit.

3. Tekap acuan bunga atas adunan berwarna pink kemudian letak jem nanas. Muncungkan sedikit di bahagian hadapan dan letak daun menggunakan doh berwarna hijau.

4. Panaskan oven dahulu sebelum mula membakar biskut.

5. Bakar pada suhu 170 api bawah sahaja dan letak biskut di bahagian tengah rak ya. Bakar selama 15 hingga 20 minit atau sehingga masak.

6. Biarkan sejuk baru simpan dalam bekas kedup udara.

3. GERMAN COOKIES

Bahan-bahan:

350g mentega
375g tepung kentang/potato starch
200g tepung gandum, diayak
100g gula ising, diayak
Secubit garam

Cara penyedian:

1. Satukan tepung kentang dan tepung gandum, ayak dan ketepikan.

2. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut.

3. Rehatkan sekejap. Bahagikan kepada 7 bahagian dan masukkan warna yang disukai.

4. Ambil sedikit adunan, kemudian bulat-bulatkan dan susun atas dulang pembakar. Guna garfu dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175 selama 20 minit. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

4. BISKUT SARANG SEMUT

Bahan-bahan:

1 buku butter
1 cawan gula
1 cawan tepung custard*
1 cawan tepung jagung*
3 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder*
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji kuning telur
Papercups
Choc rice
(Ayakkan semua bahan tanda *)

Cara penyediaan:

1. Pukul butter + gula hingga putih.

2. Masukkan telur & esen vanilla.

3. Masukkan tepung sikit demi sedikit hingga dapat adunan yang sempurna.

4. Parutkan adunan dan masukkan ke dalam papercups.

5. Taburkan choc rice.

6. Bakar suhu 170 selama 20 minit.

5. NUTELLA POD

Bahan-bahan:

1/2 cawan majerin
3 sudu besar gula halus
1 sudu kecil esen vanila
1 biji telur kuning
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar serbuk badam
Nutella

Cara penyediaan:

1. Kacau majerin dan gula menggunakan senduk kayu. Masukkan telur dan esen vanila.

2. Tepung gandung, baking soda dan baking powder ayak terlebih dahulu. Masukkan ke dalam tepung beras dan serbuk badam. Uli sehingga menjadi doh.

3. Bulat-bulatkan doh dan susun atas dulang. Pastikan jarak-jarak ya sebab doh akan mengembang bila bakar.

4. Bakar doh separuh masak sahaja selama 15 minit dan keluarkan semula untuk buat lubang di tengah. Buat perlahan-lahan takut terbelah dua.

5. Sambung bakar sehingga masak selama 15 minit suhu 160 api atas bawah.

6. Bila dah sejuk, baru letak inti Nutella di tengah.

6. BISKUT DAHLIA

Bahan-bahan:

1 cawan butter
1 cawan gula kaster
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
1 biji kuning telur
2 cawan tepung gandum
2 titik esen vanila

Cara penyediaan:

1. Gaul sebati kuning telur, gula kastor, butter dan esen vanila.

2. Bila dah sebati, masukkan bahan yang sudah diayak iaitu tepung gandum, tepung kastard dan tepung jagung. Uli hingga sebati.

3. Masukkan ke dalam acuan dan susun atas tray.

4. Bakar suhu 170 api bawah selama 15 hingga 20 minit bergantung oven masing-masing.

7. OREO COOKIES

Bahan A:

200gm mentega
10gm shortening
110gm gula kaster
1/2 sudu teh esen vanila

Bahan B:

250gm tepung gandum
30gm tepung jagung
30gm cornflakes – kisar halus
30gm serbuk badam – disangai
30gm serbuk oreo
1/4 sudu teh baking powder
Hiasan : Coklat masakan putih (dicairkan), serbuk oreo

Cara penyediaan:

1. Pukul bahan A hingga berkrim. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh.

2. Canai dan terap. Susun di dalam dulang pembakar dan bakar pada suhu 150 selama 25 hingga 30 minit hingga masak.

3. Sejukkan dahulu. Pipe di atasnya dengan coklat masakan putih dan tabur serbuk oreo sebagai hiasan.

4. Simpan dalam bekas kedap udara.

8. BISKUT 3 BAHAN

Bahan-bahan:

Planta 1 cawan
Tepung jagung 5 cawan
Susu pekat 1 cawan

Cara penyediaan:

1. Gaulkan planta dengan susu pekat sehingga sebati dan masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.

2. Bentukkan menggunakan acuan dan bakar suhu 160 api bawah selama 20 hingga 30 minit.

9. BISKUT CORNFLAKES CRUNCHY

Bahan-bahan:

250gm butter
50gm tepung jagung
100gm gula perang
200gm tepung gandum
1 sudu teh l esen vanila
300gm cornflakes diramas kasar
Cornflakes secukupnya untuk disalut dengan biskut

Cara penyediaan:

1. Pukul butter dan gula hingga sebati, pakai senduk kayu ya.

2. Masukkan esen vanila, tepung gandum dan tepung jagung yang telah diayak.

3. Gaul sebati dan seterusnya masukkan cornflakes yang diramas tadi ke dalam adunan gaul sehingga sebati.

4 Ambil adunan dan bulat-bulatkan. Kemudian golek dalam cornflakes yang diramas dan susun atas dulang.

5. Bakar biskut dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 170 selama 15 hingga 20 minit menggunakan api atas bawah.

6. Dah masak tunggu biskut sejuk baru simpan dalam bekas kedup udara.

10. RED PEARL COOKIES

Bahan-bahan:

150gm mentega
150gm tepung gandum
75gm gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat chips
25gm almond nibs
1 sudu teh esen vanila

Cara penyediaan:

1. Kacau mentega, gula, dan esen vanila menggunakan sudip kayu hingga sebati.

2. Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh.

3. Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari. Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu dibakar.

4. Susun di atas dulang pembakar yang dilapik baking paper. Tekan hirisan ceri merah di bahagian tengah biskut.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 selama 20 hingga 25 minit.

6. Sejukkan dahulu sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Jadi, nak cuba resepi yang mana satu dulu ya? Hmm…
Sumber: Facebook Nor Khomariah Norrohman

Resepi biskut raya wajib buat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker