Penolong Ketua Kampung ditembak 20 das di hadapan isteri

Penolong Ketua Kampung ditembak 20 das di hadapan isteri

Pattani: Seorang penolong ketua kampung maut apabila dua lelaki melepaskan lebih 20 das tembakan ke arahnya di Pattani, Selatan Thailand, pada Rabu.

Ketua Polis Wilayah Pattani Pol Mej Jen Archan Chansiri berkata dalam kejadian pada kira-kira 6.30 pagi (waktu tempatan) pada Rabu, mangsa berusia 50 tahun ditembak di hadapan isteri.

Beliau berkata mangsa yang bekerja sambilan sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat baru habis kerja.

“Dua lelaki yang bersembunyi di tepi jalan telah melepaskan tembakan ke arah mangsa.

“Mangsa ditembak dari jarak dekat untuk memastikan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya pada satu sidang media di sini.

Beliau menambah bahawa pistol milik mangsa turut dilarikan suspek.

Archan berkata, polis sedang mempergiatkan usaha untuk menjejaki suspek termasuk meneliti sistem kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian.

Penolong Ketua Kampung ditembak 20 das di hadapan isteri

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz

Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker