Acar ikan kering Mok Ku Yati, laku ‘keras’

Acar ikan kering Mok Ku Yati, laku ‘keras’

GUA MUSANG: Acar ikan kering antara juadah yang popular sebagai juadah pembuka selera ketika iftar dan bersahur sehingga turut digemari golongan istana.

Bagi pesara kerajaan, Tengku Hayati Akmal Tengku Hitam, 65, yang sudah enam tahun mengusahakan jualan acar ikan kering cencaru ini sejak enam tahun lalu, mengakui Ramadan tidak menang tangan kerana menerima tempahan tinggi daripada pelanggan.



Katanya, pelbagai jenis makanan dijual ketika ketika Ramadan daripada lauk-pauk, aneka kuih-muih dan lazimnya juadah yang sering dicari pelanggan adalah acar termasuk acar ikan kering kerana sesuai untuk berbuka atau bersahur.

“Jadi, Ramadan kali ini, masa lebih banyak diisi untuk membuat dan memasarkan acar ikan kering hasil air tangan saya yang mula mendapat tempahan seawal Ramadan.

“Kenangan paling indah apabila pada 20 Mac, acar ikan kering ini turut dibeli oleh Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid, iaitu bonda kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

“Acar itu dibeli ketika Majlis Khatam al-Quran Perdana, baru-baru ini sekali gus membuatkan saya lebih bersemangat untuk menjadikan pembuatan acar ikan kering ini sebagai pendapatan sampingan,” katanya ditemui di kediamannya di Taman Wangi, di sini.



Menurut Tengku Hayati yang mesra dipanggil Mok Ku Yati, sepanjang Ramadan tahun lalu menerima tempahan 400 botol dan untuk kali ini melebihi 500 botol.

“Alhamdulillah, tahun ini sambutan terhadap acar ikan kering sangat menggalakkan daripada pelanggan sedia ada dan mendapat pelanggan baru.

“Malah ada pelanggan saya dari merata tempat tidak sahaja dari Terengganu, Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, malah hingga ke Singapura.

“Saya hanya buat acar ikan kering cencaru ini apabila menerima tempahan. Selalunya pada Ramadan permintaan sangat tinggi lebih berbanding hari biasa dan ini menjadi pendapatan sampingan buat saya,” katanya yang menjualnya pada harga RM12 sebotol.



Menurut Tengku Hayati Akmal, acar ikan kering ini mempunyai gabungan rasa masam, manis, masin dan pedas ditambah dengan bawang jeruk yang rangup.

“Antara bahan yang digunakan untuk penyediaan adalah ikan kering cencaru, cuka, cili, lada, halia dan bawang merah halus sebagai bahan utama.

“Lazimnya saya menggunakan antara lima hingga tujuh kilogram ikan kering cencaru, tapi jumlahnya akan bertambah bergantung kepada permintaan pelanggan.

“Rasa ini yang membuatkan ia tidak mudah muak bahkan selalunya akan menambahkan lagi selera makan terutama pada waktu bersahur,” katanya yang banyak menjual menerusi gerai jualan dalam program tertentu.



Beliau mengakui, Ramadan membuka peluang rezeki berlipat kali ganda untuk beliau dalam apabila barangan yang dijual mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.

Ramai yang menempah acar beliau untuk dijadikan stok atau dijadikan cendera hati. BH

Acar ikan kering Mok Ku Yati, laku ‘keras’

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker