Malaysia tuan rumah Sukan Sea 2027

Malaysia tuan rumah Sukan Sea 2027

Persekutuan Sukan Sea (SEAGF) memilih Malaysia menjadi tuan rumah temasya dwi tahunan itu untuk edisi ke-34 pada 2027 selepas perkara berkenaan diumumkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) di laman media sosial mereka hari ini.

Ini kali ketujuh Malaysia diberi tanggungjawab untuk menjadi tuan rumah sejak kali pertama pada 1965 ketika temasya ini dikenali sebagai Sukan Semenanjung Asia Tenggara (SEAP).

Keputusan itu dibuat selepas ahli majlis (SEAGF) bersetuju dalam mesyuarat ahli majlis yang berlangsung di Hanoi pagi tadi dengan pemilihan berdasarkan turutan abjad.

Mesyuarat berkenaan turut memilih Singapura untuk menjadi tuan rumah bagi edisi ke-35 (2029) yang juga buat kali kelima bagi negara jiran tetangga itu.

Keputusan untuk memilih tuan rumah bagi Sukan 2031 ditangguhkan untuk membolehkan Laos mendapat kelulusan kerajaan mereka.

Laos pada asalnya dijadualkan menjadi tuan rumah Sukan Sea 2027, tetapi tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan mereka.

Indonesia juga berminat untuk menjadi tuan rumah Sukan Sea 2027 atau 2029 tetapi berikutan peraturan turutan abjad mereka kini perlu menunggu sekurang-kurangnya sehingga 2031, sekiranya Laos masih tidak dapat mendapatkan kelulusan.

Kemboja dijadual menganjurkan temasya itu buat kali pertama dari 5 hingga 16 Mei tahun depan, manakala Thailand menjadi tuan rumah bagi Sukan Sea 2025. HM

Malaysia tuan rumah Sukan Sea 2027


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker