Remaja perempuan paksa kucing merokok

Khoirunnisa meletakkan rokok pada mulut seekor kucing yang berada di sebelahnya dan memaksa haiwan itu menghisap rokok. – X

Seorang remaja di Tebing Tinggi, wilayah Sumatera Utara tampil membuat permohonan maaf selepas video memaparkan dia memaksa seekor kucing menghisap rokok tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Dalam video tersebut, remaja dikenali sebagai Khoirunnisa, 18, itu dilihat duduk di tepi jalan sambil merokok.

Dia kemudian meletakkan rokok pada mulut seekor kucing yang berada di sebelahnya dan memaksa haiwan itu menghisap rokok.

Gadis itu kemudian menghembuskan asap rokok ke arah haiwan tersebut sebelum membiarkan kucing itu berlalu.



Susulan video tular tersebut, polis Tebing Tinggi menjalankan siasatan sebelum pergi ke rumah Khoirunnisa untuk menyoal siasatnya.

Gadis itu kemudian memberitahu bahawa dia menyesali perbuatannya dan mengaku hanya bergurau.

“Dia menyesal kerana  perbuatannya dan hanya bergurau serta tidak bermaksud untuk menyeksa haiwan,” kata polis.

Khoirunnisa memuat naik video penjelasan dan permohonan maaf  kepada masyarakat Indonesia berhubung perbuatannya. – AGENSI



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Adegan ‘aiskrim’ Amir Ahnaf kecoh di TikTok, tuan badan akhirnya mohon maaf



Suami isteri merupakan guru dan doktor ditemui mati di kondominium

Suami tak sedar diri ambil harta saya beri perempuan lain – Hajar (Video)



Pak belang muncul di Jalan Kuala Balah-Dabong



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker