Johari beri amaran tentang hutang tak terkawal

Bekas menteri kewangan kedua itu memberi amaran Malaysia akan mengumpul ‘hutang tidak terkawal’ jika langkah tidak dilaksanakan untuk menambah baik kutipan cukai.

Johari beri amaran tentang hutang tak terkawal

Model percukaian sedia ada tidak mampan dan boleh menyaksikan negara mengumpul “hutang tidak terkawal” jika langkah pengurangan tidak dilaksanakan, kata bekas menteri kewangan kedua Johari Ghani.

Johari (BN-Titiwangsa) memberitahu Dewan Rakyat, beliau bimbang tentang kemampanan model percukaian apabila mengambil kira jumlah faedah untuk pinjaman dan perbelanjaan lain yang perlu ditanggung kerajaan.



Beliau berkata, negara jiran di Asean mempunyai purata peratusan kutipan cukai lebih tinggi berbanding keluaran dalam negara kasar (KDNK).

“Sebagai contoh, cukai yang dikutip oleh kerajaan di Thailand berjumlah 14.1% daripada KDNK, di Singapura 13% dan Vietnam 22.7%.

“Berbanding dengan kita, ia adalah 11.5% (daripada KDNK),” katanya ketika mengemukakan soalan kepada Kementerian Kewangan.

Beliau meminta kementerian itu menjelaskan sama ada model kutipan cukai Malaysia adalah setanding negara jiran Asean dan jika kerajaan boleh memastikan ia tidak terus mengumpul hutang.



Menjawab soalan itu, Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan bersetuju bahawa model percukaian sedia ada, dengan hasil cukai pada kadar purata 11.5% daripada KDNK antara 2018 dan tahun ini, adalah tidak mampan.

Beliau berkata, walaupun hasil cukai merupakan penyumbang ketara kepada jumlah hasil kutipan kerajaan tahun lepas, iaitu RM208.8 bilion daripada RM294.4 bilion (70.9%), ia hanya berjumlah 11.7% daripada KDNK.

“Hasil cukai dijangka kekal pada 11.6% daripada KDNK tahun ini,” katanya.

Ahmad berkata, salah satu langkah dilihat Putrajaya untuk menyelesaikan isu itu ialah subsidi bersasar, yang menurutnya sudah bermula dengan bekalan elektrik pada Januari.



Beliau berkata, kerajaan juga sedang mengusahakan mekanisme subsidi bersasar untuk diesel, dengan cadangan dijangka siap pada suku kedua tahun ini.

“Kami mahu meluaskan asas hasil cukai, menambah baik struktur dan perundangan cukai serta menyediakan insentif cukai,” katanya.

Ahmad berkata, Putrajaya juga melaksanakan strategi pendapatan jangka sederhana untuk tiga tahun akan datang. Beliau berkata Akta Tanggungjawab Fiskal (FRA) akan dibentangkan di Parlimen tahun ini sebagai satu lagi langkah untuk menyelesaikan hutang kerajaan yang semakin meningkat. FMT

Johari beri amaran tentang hutang tak terkawal



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh



Diana peroleh hadanah interim dua anak

Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker