Pelayan restoran terima hadiah kereta sebagai tip

Sebilangan peminat menyelar MrBeast kerana memberi kereta kepada seorang pelayan untuk mempromosikan perniagaan coklat dan saluran YouTubenya. – Tiktok / MrBeast

Pesohor YouTube Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai MrBeast, mengundang pelbagai reaksi netizen selepas memuat naik video terbaharu menunjukkan dia memberikan tip kepada seorang pelayan restoran dengan cara menghadiahkan sebuah kereta, lapor akhbar New York Post semalam.

MrBeast atau nama sebenarnya Jimmy Donaldson, 24, memuat naik sebuah klip video yang memaparkan pertanyaannya kepada seorang pelayan bernama Amy mengenai tip paling banyak pernah diterimanya.

“Lebih kurang AS$50 (RM220),” jawab Amy.

“Adakah seseorang pernah memberi tip kereta?” tanya Donaldson sambil menghulur kunci kereta Toyota sedan berwarna hitam kepada Amy.



Kereta tersebut mempunyai cetakan logo coklat jenama Feastables yang diusahakan oleh Donaldson. Logo saluran YouTube Mr.Beast juga dicetak pada bonet kereta itu.

“Saya benar-benar lewat untuk bekerja hari ini kerana Uber tiba lambat. Saya sangat terkejut sekarang. Saya juga tidak tahu memandu,” kata Amy.

Kandungan video seperti itu bukan perkara baharu buat Donaldson yang dilaporkan menghadiahkan wang tunai berjumlah kira-kira AS$3.2 juta (RM14.1 juta) tahun lepas, lapor laman berita Insider.

Video itu mendapat pelbagai reaksi netizen di ruangan komen.



“Beruntung dia mendapat kereta tetapi saya berpendapat, saya enggan memandu kereta mempunyai logo Feastables,” komen seorang netizen. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Rintihan hati Ali Puteh

Diana peroleh hadanah interim dua anak



Ini kata mahkamah kepada Farid dan Diana



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker