Orang Melayu miskin selepas saya letak jawatan – Mahathir

Orang Melayu miskin selepas saya letak jawatan – Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan dakwaan beliau menggunakan kedudukan untuk membolot kekayaan ketika berkuasa.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, membuat tuduhan adalah satu perkara mudah tetapi dakwaan yang tidak dibuktikan dengan jelas tidak boleh diterima sebagai benar dan merupakan satu fitnah.

“Saya ingin dapat bukti daripada Anwar bahawa saya bolot untuk saya, untuk keluarga saya dan anak-anak saya,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Ketika berucap pada Kongres PKR minggu lalu, Anwar merujuk kepada seseorang berkuasa selama 22 tahun dan dicampur 22 bulan yang didakwa menggunakan kedudukannya untuk kekayaan dirinya dan keluarga.

Walaupun Anwar tidak menyebut nama, beliau berkata, pemimpin itu hanya merungut tentang orang Melayu kehilangan segala-galanya selepas tidak lagi berkuasa.

Dr. Mahathir kemudian menjelaskan, beliau mengeluh sekarang kerana orang Melayu kehilangan segala-galanya selepas meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Memang pun orang Melayu menjadi begitu miskin selepas saya tidak lagi jadi Perdana Menteri.

“Saya berusaha memulihkan keadaan orang Melayu apabila jadi Perdana Menteri selepas PRU14. Tetapi Kerajaan Pakatan Harapan (PH) dijatuhkan dan saya pun hilang jawatan. Sebab itu saya mengeluh sekarang,” katanya.

Justeru itu, beliau menyertai usaha untuk menyedarkan orang Melayu berhubung masalah mereka dengan pelancaran Proklamasi Melayu yang menepati peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia, malah Perlembagaan UMNO sendiri.

Dakwanya, halangan proklamasi itu bermakna kerajaan Anwar menolak Perlembagaan negara dan UMNO.

“UMNO tidak bantah. UMNO tidak lagi pegang kepada matlamat penubuhannya. Sebab itu puak lain perlu diadakan untuk melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera lain.

“Apabila Kerajaan menghalang pihak lain melancar proklamasi ini, ia mengkhianati janji dalam Perlembagaan. Sebab itu orang Melayu patut tentang kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim,” tegasnya. Utusan

Orang Melayu miskin selepas saya letak jawatan – Mahathir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Hattan ‘sound’ Syamsul ke?

Rosyam buka cerita Aaron Aziz ‘kena buang’ Syamsul

Giliran Shaarnaz buka mulut mengenai Aaron Aziz dan Syamsul

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker