Lawatan Anwar ke Arab Saudi memalukan – Khairy
Lawatan Anwar ke Arab Saudi memalukan – Khairy
Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin menyifatkan lawatan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ke Arab Saudi adalah satu “kesilapan diplomatik yang besar”.
Khairy berkata, ini kerana Anwar gagal bertemu pemerintah Arab Saudi, Salman Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohammad Salman yang juga perdana menteri.
“Saya bersetuju dengan pendapat (lawatan Anwar ke Arab Saudi) adalah satu kesilapan diplomatik yang besar.
“Beliau tidak sepatutnya pergi Arab Saudi sekiranya tidak ada temujanji yang ditetapkan untuk bertemu dengan Raja Salman atau putera mahkota,” kata Khairy dalam program “Keluar Sekejap” bersama Shahril Hamdan.
Kata Khairy, kebiasaannya seorang perdana menteri tidak akan melawat negara lain melainkan ada satu pertemuan dengan rakan sejawat ditetapkan.
Bekas Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, kegagalan Anwar bertemu rakan sejawatnya di Arab Saudi adalah sesuatu yang memalukan, lebih-lebih lagi Arab Saudi adalah negara penting untuk Malaysia.
“Arab Saudi memainkan peranan penting di (Asia Barat) rantau itu dan ada banyak peluang perniagaan dan pelaburan di sana,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal menggesa Anwar menjelaskan bagaimana lawatan rasmi beliau ke Arab Saudi memberi manfaat kepada negara.
Setiausaha Politik Anwar, Ahmad Farhan Fauzi menolak dakwaan sesetengah pihak yang mempolitikkan lawatan itu sebagai gagal dan membazir wang rakyat.
Katanya, lawatan tiga hari Anwar ke Arab Saudi sangat berhasil, antara lain dalam memperkukuhkan hubungan Putrajaya-Riyadh.
Menurutnya, lawatan itu diisi jadual padat dan tersusun menyebabkan Anwar tidak dapat menemui pemimpin lain dalam kerajaan Arab Saudi, tetapi beliau mengadakan pertemuan dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Liga Dunia Islam. FMT
Lawatan Anwar ke Arab Saudi memalukan – Khairy
Baca Artikel Menarik:
- Fathia Latiff dalam ketakutan
- Kami faham derita Puteri Sarah – Ibu Syamsul
- Wanita kecewa ketahui suami gay selepas kahwin [VIDEO]
- PRN: Bukan jumlah kerusi jadi keutamaan tetapi ‘kebolehmenangan’ – Zahid
- Video Imam hampir dilempang dengan selipar, pihak masjid rayu hentikan penyebaran
- Rosyam Nor Jual Kambing Perap Pula
- Fenomena Tiang Cahaya muncul di Johor Bahru
- Puteri Sarah Berlakon Jalan Cerita Tentang Poligami
- Kurang ajar! Warga asing cabul remaja perempuan berjaya ditahan
- Amelia Henderson Pernah ‘Hilang’ Kawan Sebab Keluarga Tak Kaya [VIDEO]
- Syamsul Yusof sedih hubungan dengan ibu makin keruh
- Patuh cakap isteri, Aaron dilarang jumpa Syamsul Yusof
- Tangkap ular sawa, isteri selamba suami melompat [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.