Umno fokus kerjasama kerajaan perpaduan bukan MN – Asyraf
Umno fokus kerjasama kerajaan perpaduan bukan MN – Asyraf
Umno tidak lagi memikirkan soal Muafakat Nasional (MN) sebaliknya terus fokus bekerjasama dengan kerajaan perpaduan bagi mewujudkan kerajaan stabil, kata Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki.
Beliau berkata, ia susulan pendirian PAS sebelum ini yang dilihat “mengkhianati” Umno kerana bekerjasama dengan Bersatu.
“Kita hari ini harus fokus seperti apa yang dititahkan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk membentuk perpaduan nasional. Bukan hanya soal Melayu Islam, tetapi juga soal negara.
“Kenapa mereka begitu angkuh menolak titah diraja di peringkat awal? Dalam keadaan sebaliknya kita perlu fokus kepada kestabilan negara,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Asyraf berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man semalam bahawa MN yang ditubuhkan PAS dan Umno masih bernyawa sungguhpun dalam keadaan “pengsan” ketika ini.
Tuan Ibrahim dipetik sebagai berkata, beliau melihatnya atas asas penyatuan ummah dan agenda mereka tidak pernah dihentikan.
Mengenai perkara itu, Asyraf mempersoalkan mengapa hasrat Pejuang untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) ditolak jika masing-masing khususnya PAS memikirkan soal penyatuan Melayu dan Islam.
“Kalau betul mereka memikirkan soal penyatuan ummah, kenapa Pejuang tidak diterima PN pula atas alasan mengganggu pembahagian kerusi? Maknanya mereka hanya memikirkan soal kerusi dan menang pilihan raya sedangkan yang sepatutnya diletakkan keutamaan adalah soal penyatuan ummah.
“Jelas sekali mereka yang cakap sendiri mengenai faktor kenapa gagalnya Muafakat Nasional, ia hanyalah soal perebutan kuasa. Itu jawapannya,” katanya. FMT
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah