Sekawan lembu sepakat serang anjing buat ramai terkejut

Anjing itu menyerang kawanan lembu di Scotland. – Conor Ashe

Sebuah klip video tular mengejutkan orang ramai apabila seekor anjing dirakam menyerang sekumpulan lembu baka Highland di Glasgow, Scotland, lapor akhbar Daily Mirror semalam.

Anjing baka Bulldog itu kelihatan berlari ke tengah padang dan menggigit kaki dan ekor salah seekor lembu tersebut.

Lembu-lembu tersebut kemudian menyerang anjing bernama Wiston itu sebelum ia dipanggil semula oleh pemiliknya.

Conor Ashe yang berada di lokasi kejadian berkata: “Kami berada di taman Pollock untuk bersiar-siar apabila mendengar kekecohan dengan lembu-lembu itu melenguh. Jadi, kami berlari ke belakang dan terdapat seekor anjing keluar dari hadapan lembu-lembu itu.



“Ia kemudian tergantung di bahagian ekor salah seekor lembu dan mengejar anak lembu. Kami tertekan kerana hanya mampu melihat dan tidak dapat berbuat apa-apa,.

“Anjing itu berada di kaki salah seekor lembu selama kira-kira seminit sebelum saya mula merakam, jadi kami bimbang sekiranya ia boleh membunuh atau mencederakan salah seekor lembu,” katanya.

Kawanan lembu itu dilihat bermati-matian cuba melarikan diri dari anjing tersebut dan menjauhkannya daripada anak lembu.

Conor melaporkan kejadian itu kepada kakitangan di Burrell Collection yang berkata mereka akan melaporkan serangan itu kepada Renjer Taman. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah



Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker