Contohi kaedah komunikasi Ustaz Kazim Elias

Contohi kaedah komunikasi Ustaz Kazim Elias

BERSEMPENA dengan Ramadan, Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menjemput pendakwah, Datuk Mohd. Kazim Elias dalam satu sesi perkongsian ilmu yang dijalankan secara dalam talian.

Pendakwah bebas ini sememangnya dikenali ramai dengan cara penyampaian yang santai tetapi berkesan dan penuh makna.



Jika dilihat kepada aspek komunikasi berkesan yang beliau telah amalkan kita dapati setiap contoh yang diberikan disertai dengan sebuah ‘cerita’ atau contoh perlakuan seseorang individu dalam memperjelaskan makna isinya, di mana isi yang ingin disampaikan akan lebih mudah difahami dan dihayati.

Isi beliau akan disertai dengan unsur personi­fikasi atau penginsanan, di mana setiap contoh akan diikuti dengan satu kiasan atau perbandingan yang disertai unsur kemanusiaan seperti emosi, harapan, perasaan atau pertuturan.

Sesuatu yang abstrak seperti kualiti atau nilai-nilai murni akan lebih mudah difahami dengan diselitkan aspek personi­fikasi sebegini.

Antara contoh diberikan beliau adalah tentang sikap bertanggungjawab dan bagaimana seorang pekerja yang menyalahgunakan masa di tempat kerja dengan tidur ataupun menggunakan aplikasi TikTok serta menjalankan perniagaan dalam talian ketika bekerja.



Setiap contoh diberikan melalui penyampaian sebegini mampu membuatkan peserta berasa lebih ‘dekat’ dan akan dapat membayangkan situasi tersebut berlaku dalam kehidupan seharian mereka.

Kaedah komunikasi sebegini amat perlu dalam menekankan nilai-nilai murni yang seharusnya dimiliki setiap individu Muslim.

Ia sesuai dalam menyebarkan Islam secara berhemah serta menunjukkan keindahan Islam yang mampu menyentuh isi hati mereka yang memahaminya.

Ia akan membuatkan masyarakat lebih memahami Islam sebagai satu cara hidup, selain mampu menarik lebih ramai golongan bukan Islam kepada agama itu. Utusan



MAZLAN HANAFI BASHARUDIN & MUHAMMAD HAZIQ AQMAR AMRIL NURMAN, Universiti Sains Malaysia (USM)

Contohi kaedah komunikasi Ustaz Kazim Elias

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker