Mufti Perlis kritik lantikkan panel KPKT pinggirkan majoriti muslim, penyokong PH bangkit pertahankan menteri

Penyokong PH membidas ciapan mufti Perlis kerana mempersoalkan kurangnya “masyarakat Muslim” dilantik menganggotai ahli panel berkepakaran di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Warganet berpandangan ciapan Dr. Maza mempunyai sentimen berbaur perkauman, manakala ada juga bertanggapan faktor kaum tidak sepatutnya menjadi isu untuk panel itu berfungsi.

Asri dalam ciapannya memuatnaik poster memaparkan ahli panel dilantik, yang dipengerusikan menterinya, Nga Kor Ming.

Asri menulis: “Nampaknya masyarakat Muslim negara kita ini kekurangan pakar dalam bidang ini. Benarkah begitu?

Tangkap layar ciapan Asri Zainul Abidin.

Seorang warganet, Fig Chomel, berkata: “Muslim 10org (orang), Chinese 15org, India 3org, diversity (kepelbagaian) dalam bidang hartanah mmg (memang) majoriti dikuasai kaum Cina di Malaysia”.

Warganet lain, Lofi Ramli, berkata: “Nak (hendak) tgk (tengok) hasil kerja utk (untuk) masyarakat – boleh buat kerja atau tak”.

“Jika 100% Muslim dalam jawatankuasa, tapi hasilnya hampas cuai & khianat, adakah begitu kehendak Islam?” soal kepada ciapan Asri.

Selain itu, pengguna, akalderang, berkata tidak perlu bagi Asri memainkan naratif kaum, sebaliknya melihat secara realiti industri berkaitan dan pemain utamanya.

“…majoriti pemain utama begitu, maka pengalaman dan pengaruh mereka sangat membantu KPKT, berikan masa untuk buahkan hasil dan bukannya warna kulit,” katanya.

Warganet BernardL, berkata: “Jika ahli panel ni dapat meningkatkan tahap hidup seluruh rakyat malaysia, bukan kah itu satu inisiatif yang baik?”.

“Dan sepatutnya, kita perlu ukur mereka dalam keberkesanan dan perlaksanaan inisiatif ini dan bukan menumpu pada kaum mereka,” katanya.

Katanya, Asri sepatutnya boleh dan sepatutnya melakukan lebih baik berbanding membangkitkan sentimen.

Bagaimanapun, ada juga pengguna bersetuju dengan apa diperkatakan Asri.

FMT sedang mendapatkan ulasan Nga dan jurucakap kerajaan, Fahmi Fadzil.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine

Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker