Ansara sokong kuat MRSM berbayar untuk golongan elit

SHAH ALAM – Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) (Ansara) menyokong penuh cadangan untuk mewujudkan MRSM berbayar khusus untuk segmen masyarakat elit berpendapatan tinggi.

Presidennya, Mohd Fadzli Yusof berkata, cadangan ini juga diyakini bukan atas desakan golongan tertentu, sebaliknya mengambil kira pelbagai faktor serta turut bersandarkan statistik, kewangan, teknikal, pengalaman dan unjuran potensinya

Malah katanya, Majlis Amanah Rakyat (Mara) juga dibolehkan untuk memulakan perniagaan sebagai menyokong mandat pembangunan modal insan dan sosioekonomi masyarakat luar bandar mengikut Akta Mara 1996.



“Ansara difahamkan bahawa operasi MRSM berbayar ini akan dikendalikan oleh anak syarikat Mara iaitu Kumpulan Mara Corporation (Mara Corp) yang akan mencari pembiayaan sendiri bagi membina dan mengurus selepas ianya siap dibina.

“Mara Corp boleh mengadakan mekanisme khas bersama Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) Mara untuk berkongsi model, modul, falsafah, budaya serta kurikulum MRSM terutama ‘Sistem Homeroom’, ‘Badan BWP dana ‘Badan LDP’ untuk diguna pakai di MRSM berbayar.

“Selain itu, Mara Corp akan mengenakan yuran bersesuaian dan munasabah yang mana hasil kutipan yuran tersebut akan digunakan untuk menampung kos operasi termasuklah emolumen, perkhidmatan, perbekalan dan kos-kos lain yang berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebelum ini mencadangkan MRSM berbayar diwujudkan khusus untuk golongan berada atau T20.



Beliau berkata, cadangan berkenaan adalah hasil pandangan yang diperoleh daripada ramai pihak dan MRSM berbayar itu boleh diuruskan oleh Mara Corp.

Sementara itu, Mohd Fadzli turut menegaskan, MRSM berbayar ini tidak sesekali mengambil hak dan kedudukan anak-anak golongan B40 yang sememangnya diberikan keutamaan.

Ujarnya, penubuhan MRSM berbayar itu juga disifatkan satu langkah besar bagi perkembangan model dan modul sistem pendidikan MRSM yang selama ini dinantikan oleh semua pihak termasuk ahli Ansara sendiri.

“Ramai ahli Ansara yang mengharapkan anak-anak mereka belajar di dalam sistem pendidikan MRSM ini dan sekali gus juga membuktikan bahawa kejayaan sistem pendidikan di sekolah berkenaan seharusnya dimanfaatkan.



“Ia bukan hanya untuk sesetengah golongan sahaja, dan sudah tiba masanya sistem pendidikan MRSM yang cemerlang dan amat bernilai ini dikongsikan untuk semua,” katanya.

Isu mewujudkan MRSM berbayar mencetuskan perdebatan ramai apabila wujud pandangan yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker