Pendaki Jepun bersut formal ‘hadir mesyuarat’ di puncak Kinabalu (Video)
Pendaki Jepun bersut formal ‘hadir mesyuarat’ di puncak Kinabalu (Video)
KOTA KINABALU: Seorang pendaki warga Jepun menjadikan pendakiannya di Gunung Kinabalu sebagai satu gimik pemasaran dengan mengenakan sut dan kasut kulit ketika mendaki hingga ke puncak, baru-baru ini.
Aksi lelaki terbabit, Nobutaka Sada, yang juga seorang tukang jahit tular di media sosial sejak semalam apabila video dan gambar beliau mendaki dengan berpakaian ‘formal’ dimuat naik seorang ‘porter’.
Sada adalah seorang pembuat sut di Jepun yang turut memasarkan jenama keluarannya dengan jenama ‘SADA’ menerusi klip video di lokasi yang tidak diduga dan luar daripada kebiasaan.
Menerusi video berdurasi 10 saat yang tular itu, Sada dilihat mendaki laluan ke puncak Gunung Kinabalu dengan berpakaian ‘formal’ berwarna kebiruan dan membawa sebuah beg galas, seolah-olah dalam perjalanan ke pejabat.
Dalam video berkenaan juga, ‘porter’ yang merakam aksinya kedengaran bertanya Sada mengenai dari mana beliau datang.
Sada kemudian menjawab: “Saya dari Jepun. Saya ada mesyuarat perniagaan di puncak Gunung Kinabalu,”.
Porter terbabit kemudian mengucapkan selamat maju jaya kepada Sada dan beliau meneruskan pendakiannya sebelum kedua-dua mereka sekali lagi bertembung di puncak Kinabalu ketika Sada sedang mengambil gambar.
Video berkenaan mendapat perhatian netizen dengan ada antara mereka menegurnya apabila terserempak dengan Sada di lapangan terbang.
Sementara itu, Sada dalam akaun Facebooknya berkata, beliau gembira dapat menyelesaikan pendakiannya di Gunung Kinabalu.
“Mendaki Gunung Kinabalu, puncak tertinggi Malaysia di Borneo dengan sut tempahan SADA! Gunung lebih tinggi berbanding Gunung Fuji dengan ketinggian 4,095 meter!” katanya.
Sada turut menyebut yang beliau ditegur beberapa orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) dan memberitahu bahawa rakaman pendakiannya dimuat naik dalam TikTok hingga mendapat banyak tanda suka, komen dan tontonan. BH
"Its gonna be legen…wait for it…dary!" / "Challenge accepted" these are quotes from HIMYM. However, 📽 A Japanese man, Sada Nobutaka, summited Mt Kinabalu yesterday decked in a suit like he was going to an office meeting rather that scaling Southeast Asia's highest peak. pic.twitter.com/uJvYblo3Jq
— Daily Express Malaysia (@DailyExpress_MY) March 23, 2023
Pendaki Jepun bersut formal ‘hadir mesyuarat’ di puncak Kinabalu (Video)
Baca Artikel Menarik:
- Kekasih Shuib, Watie ditegur pakai baju balut badan
- Syamsul sedia lepaskan Puteri Sarah
- Bonus raya untuk penjawat awam diterima pada 17 April 2023
- Monopoli Puspakom periksa kenderaan tamat tahun depan
- Aaron Aziz tua dan gemuk – Syamsul
- Senarai kadar zakat fitrah mengikut negeri bagi tahun 2023
- Zahid saman Mahathir, bicara 6 November
- Aligator gergasi lintas jalan
- Telekung apa ni Vida?
- Syamsul, kau jawablah di Padang Mahsyar nanti – Aaron Aziz
- Zakir Naik mungkin dihantar pulang ke India
- Polis buru kumpulan ajaran sesat Sihulk
- Pelajar maut jatuh tingkat enam kecewa mesej tidak dibalas
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine
Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah