Ketua Penerangan UMNO baru bawa jentera pamer imej lebih progresif
Azalina Othman dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baru
Ketua Penerangan UMNO baru bawa jentera pamer imej lebih progresif
Ketua Penerangan Umno yang baru dilantik, Azalina Othman, melihat kedudukan itu sebagai peluang untuk dia membawa imej lebih terkini buat parti terbabit.
Dalam kenyataan selepas pengumuman tersebut Azalina berkata dia berterima kasih atas kepercayaan diberi oleh Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.
“Saya sifatkan pelantikan ini sebagai suau cabaran dan tanggungjawab yang besar, namun saya sedia memikul amanah ini dengan sebaik mungkin.
“Saya anggap ini juga peluang kepada saya untuk bersama-sama jentera penerangan parti mempamerkan imej Umno yang lebih progresif,” katanya.
Azalina merupakan menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal undang-undang serta reformasi institusi.
Dalam pemilihan Umno hujung minggu lalu dia menyertai persaingan untuk merebut salah satu jawatan naib presiden.
Bagaimanapun hanya Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail, Mohamed Khaled Nordin (Menteri Pengajian Tinggi) dan Johari Abdul Ghani (Ahli Parlimen Titiwangsa) yang berjaya mendapat undi tertinggi bagi jawatan berkenaan.
Ahmad Zahid petang semalam mengumumkan Azalina dilantik menjadi ketua penerangan yang baru buat Umno. Sebelum ini tugas tersebut disandang anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno Isham Jalil.
Azalina berkata sebagai parti dalam kerajaan Umno perlu bersedia dalam pelbagai aspek, justeru jentera penerangan memainkan peranan penting untuk menyalurkan maklumat serta dasar-dasar parti ke peringkat akar umbi.
“Saya berharap dengan pengalaman dalam kerajaan dan parti yang ada ini saya boleh membantu Umno untuk terus bergerak ke hadapan bagi membawa hala tuju Umno Bangkit 2.0.
“Umno perlu bergerak sebagai satu pasukan yang kuat dalam usaha memberikan khidmat bakti terbaik kepada parti,” katanya. Mk
Ketua Penerangan UMNO baru bawa jentera pamer imej lebih progresif
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin jangan jadi Donald Trump – Guan Eng
- Saya mungkin adakan bicara di hospital atau rumah Siti Nuramira, hakim beri amaran
- Ayahanda bazar Ramadhan hisap darah
- Uqasha Senrose dituduh pembuli kerana pertahankan adik
- Acara Thai Hot Guy tiada lesen, DBKL diarah ambil tindakan – pegawai Anwar
- Puteri Sarah fail hadanah
- Chris Rock dan kita
- Buatlah apa pun, saya tak takut – Puteri Sarah
- Berzina ketika suami merantau ke Malaysia, wanita dirotan 100 kali
- Najib masuk hospital akibat jangkitan paru-paru
- Lelaki dicurangi kekasih terima wang Dana Insurans Patah Hati
- Kucing ‘busker’ tarik perhatian ramai [VIDEO]
- Nasib malang pengguna LinkedIn tular di internet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.