Ular sawa 23 kg terperangkap dalam mangkuk tandas
Ular sawa 23 kg terperangkap dalam mangkuk tandas
Seekor ular sawa gergasi seberat 23 kilogram (kg) ditemui terperangkap di dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Thailand baru-baru ini, lapor portal berita Thaiger semalam.
Kisah itu mula dikongsi di kumpulan perbincangan Facebook yang dikenali sebagai ‘All About Thailand Snakes’ pada 17 Mac lalu.
Seorang pengguna bernama Chang Lantanoy berkata, pemilik rumah tersebut pada awalnya tidak dapat mengepam tandas sebelum kemudian menyedari terdapat sesuatu di dalam mangkuk tandas tersebut.
Pasukan penyelamat tempatan kemudian dikejarkan ke rumah tersebut lalu mereka cuba mengeluarkan ular itu menggunakan tangan.
Namun, ketika cuba menangkap ular itu, reptilia tersebut didapati terlalu besar dan tersepit kuat di dalam paip.
Pasukan penyelamat kemudian terpaksa memutuskan sambungan paip dan memotong separuh bahagian paip itu untuk mendapatkan ruang yang mencukupi bagi mengeluarkan reptilia besar itu.
Ular sawa itu akhirnya dapat dikeluarkan tanpa melibatkan sebarang kecederaan. K Online
Ular sawa 23 kg terperangkap dalam mangkuk tandas
Baca Artikel Menarik:
- Abim ziarah Dalai Lama
- Polis tolak teori konspirasi Chegubard
- 3 anak Najib Razak antara penerus legasi kepimpinan keluarga dalam UMNO
- Jual gelaran ‘Datuk Seri’ RM60,000, 2 lelaki didakwa
- Norjuma diisytihar bankrap
- Najib sindir Mahathir diktator yang suka gelar orang lain sebagai diktator
- Nazri cadangkan kerajaan guna ISA pada Mahathir
- Tetamu majlis umpama ‘kedai emas bergerak’ di dalam majlis perkahwinan [VIDEO]
- Hanya seorang murid berdaftar, habis semua jawatan disandang tanpa saingan
- Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik
- Tajuddin tolak PAS dan Bersatu, masih harap Umno terima rayuan penggantungan
- Atok terkena serangan jantung ketika ‘layan’ pelacur
- Pelawak Indonesia ‘diserang’ peminat Jennie Blackpink kerana kritik persembahan
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik
You must be logged in to post a comment.