Penjawat awam jadi sukarelawan banjir dianggap tugas rasmi – JPA

Penjawat awam jadi sukarelawan banjir dianggap tugas rasmi – JPA

Seramai 1,520 penjawat awam di seluruh negara yang menawarkan diri menyertai program dua hari pasca banjir di Johor akan dianggap menjalankan tugas rasmi, kata Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menerusi satu surat pekeliling, Ketua Pengarah JPA, Zulkapli Mohamed, berkata ini bermakna penjawat awam terbabit akan menerima semua elaun dan kelayakan lain bawah peraturan kerajaan.



“Mereka juga akan dilindungi oleh skim bayaran ex-gratia untuk bencana bagi kakitangan kerajaan,” katanya.

Zulkapli berkata, perkara itu diputuskan pada mesyuarat pasca Jemaah Menteri Jabatan Perdana Menteri Jumaat lalu, sambil menambah semua ketua jabatan dan agensi mesti memastikan tuntutan oleh sukarelawan terbabit diproses.

Awal hari ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyempurnakan pelepasan konvoi 153 kenderaan, terdiri daripada 26 bas, 16 van, lapan lori, 64 pacuan empat roda dan 39 kereta, yang digerakkan untuk operasi itu.

Beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada penjawat awam yang sudi mengambil bahagian dalam program pasca banjir di Johor.



Selain membersihkan kawasan terjejas, sukarelawan akan menyerahkan bakul makanan, keperluan asas sekolah dan peralatan pembersihan.

Mereka juga akan membantu dengan pembaikan kecil kenderaan dan kerja elektrik, serta memberikan sokongan psikologi dan kaunseling.

Anwar berkata, mangsa di Segamat dan Batu Pahat, yang paling teruk dilanda banjir, sukar untuk pulih melainkan mereka diberi bantuan tambahan. FMT

Penjawat awam jadi sukarelawan banjir dianggap tugas rasmi – JPA



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok



Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker