Keuntungan Bernas: Saya pilih serah pada Pesawah – Anwar

Keuntungan Bernas: Saya pilih serah pada Pesawah – Anwar

Anwar Ibrahim berkata dia ada dua pilihan semasa berdepan dengan isu menguruskan keuntungan syarikat Padiberas Nasional Bhd (Bernas) milik Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Katanya, dia boleh menggunakan dana yang berkaitan untuk dijadikan sumbangan kepada parti politik, atau mengambil keuntungan tersebut untuk dikembalikan kepada petani.

“Bagi kepentingan pesawah miskin, (saya) minta dia (Syed Mokhtar) menderma kepada pesawah secara langsung (daripada) RM60 juta dan 30 peratus keuntungan yang dicatat selama lebih 20 tahun,” katanya.

Tambah perdana menteri, ia merupakan kali pertama kerajaan meminta agar 30 peratus daripada keuntungan bersih dicatat oleh syarikat terbabit untuk dikongsikan bersama pesawah.

“Ada pendekatan berbeza (yang boleh diambil), satu – boleh serah kepada parti, satu serah kepada pesawah padi.

“Saya pilih untuk serah kepada pesawah padi,” katanya ketika sesi waktu pertanyaan kepada perdana menteri di Dewan Rakyat hari ini. Mk

Keuntungan Bernas: Saya pilih serah pada Pesawah – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker