Kucing ‘busker’ tarik perhatian ramai [VIDEO]

Kucing itu dirakam mengiau selepas ia dibawa ke mikrofon. – Mothership

Seekor kucing yang menyertai persembahan muzik jalanan di Taiwan tular di media sosial kerana aksinya yang mencuit hati, lapor laman berita Mothership.

Video yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @0110maojian itu memaparkan aksi duet kucing tersebut ketika tuannya menyanyikan lagu Mandarin yang popular.

Lagu itu pada asalnya sememangnya menampilkan bunyi mengiau secara berulang yang dibuat oleh seekor kucing.

Baris pertama lagu itu diterjemahkan kepada: “Kita boleh belajar mengiau seperti kucing, kita seperti meow meow meow meow meow.”



@0110maojian

有音準的肥牛 #熱門 #搞笑 #貓 #肥牛 #不可思議 #唱歌 #ig肥牛 #學貓叫 #街頭藝人 #台北 #信義區

♬ 學貓叫 – 小潘潘,小峰峰

Kucing tersebut memberikan kerjasama ketika persembahan dengan menyanyikan ‘meow’ yang terakhir pada hujung baris ayat pertama.



Lebih menarik perhatian orang ramai adalah apabila seorang lagi penghibur yang teruja membawa kucing tersebut pada mikrofon.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu ketawa dan penghibur tersebut melompat gembira atas kerjasama daripada kucing berkenaan.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruanga komen.

“Kucing itu sangat sporting,” komen seorang netizen. – Agensi



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Farid Kamil tak dapat jumpa anak, dihalang masuk rumah?

Pemandu warga emas ditumbuk, disepak dan rambut ditarik



Mahathir terus-menerus tibai Anwar

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker