Hantu dalam badan, serah habis barang kemas

Hantu dalam badan, serah habis barang kemas

JEMPOL – Seorang warga emas menerima nasib malang apabila diperdaya tiga wanita kononnya boleh membuang hantu di dalam badan sehingga dia menyerahkan wang dan barang kemas.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci berusia 69 tahun didatangi suspek ketika berada di Pasar Lama Bahau di sini, untuk membeli sayur pada pukul 9.30 pagi kelmarin.



Tiga wanita berusia dalam lingkungan 40-an yang tidak dikenali itu dikatakan menaiki kereta jenis Proton Waja berwarna hitam.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, salah seorang suspek menghampiri mangsa dan mendakwa badan wanita itu tidak bersih dan ada hantu.

“Suspek menawarkan diri untuk membersihkan dan membuang hantu di badan mang­sa tanpa sebarang bayaran.

“Mangsa bersetuju dengan perkhidmatan yang ditawarkan. Suspek meminta mangsa pulang ke rumah untuk mengambil wang dan barang kemas bagi upacara membuang hantu dan datang semula berdekatan sebuah bank di Bahau,” katanya ketika ditemui semalam.



Menurut Chang Hook, mangsa yang percaya kepada suspek kemudian pulang ke rumahnya untuk mengambil wang RM1,000, dua utas rantai leher, seutas rantai tangan dan dua bentuk cincin emas.

Warga emas itu kemudian membawa barangan tersebut dan menyerahkan kepada tiga wanita berkenaan di dalam kereta di tempat letak kenderaan berhampiran sebuah bank di Bahau.

“Selepas menyerahkan bara­ngan itu, mangsa diberikan dua botol kecil air dan sebungkus garam.

“Mangsa diminta keluar kereta dengan syarat tidak dibenarkan menoleh ke belakang sebaliknya terus pulang ke rumah,” katanya.



Jelas Chang Hook, mangsa hanya menyedari ditipu suspek selepas ditanya anaknya sebaik tiba di rumah.

Warga emas itu mendakwa dia seolah-olah dipukau dan membuat laporan polis kelmarin. Jumlah kerugian dianggarkan RM2,000.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Sementara itu, pada Majlis Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216 Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Jempol semalam, seramai 99 individu terdiri daripada orang awam, pegawai dan anggota polis menerima surat penghargaan. K Online



Hantu dalam badan, serah habis barang kemas

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok



Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker