Pelacur bakal dilindungi oleh undang-undang

Kerajaan Thailand sedang merangka rang undang-undang untuk membolehkan pekerja seks dilindungi bagi mengelakkan mereka daripada dieksploitasi, lapor laman berita Thaiger semalam.

Kementerian Pembangunan Sosial dan Keselamatan Manusia telah mencadangkan rang undang-undang itu yang akan mengehadkan umur minimum untuk menyediakan atau melanggan perkhidmatan tersebut.

Menurut pensyarah fakulti undang-undang di Universiti Thammasat, Narong Jaihan, para pekerja seks berumur di bawah 20 tahun tidak akan dihukum tetapi tindakan undang-undang akan diambil terhadap majikan mereka serta ibu bapa masing-masing.

“Rang undang-undang ini akan menghalang pekerja seks daripada dieksploitasi dan memastikan mereka diberi perlindungan,” ujarnya.

Rang undang-undang yang dicadangkan itu akan memberikan beberapa peraturan dan perlindungan terhadap industri ‘terpencil yang berkembang maju’ di Thailand itu.

Antaranya adalah pampasan yang adil akan dilindungi dengan bayaran perkhidmatan seks perlu diletakkan pada kadar sesuai agar tidak melanggar undang-undang gaji minimum.

Selain itu, pemeriksaan fizikal yang kerap juga perlu dilakukan oleh para pekerja seks untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan mereka.

Pengendali perniagaan berkaitan seks juga akan menerima lesen yang sah selama tiga tahun manakala di Bangkok, perniagaan itu  perlu mendaftar dengan Biro Polis Metropolitan dan gabenor wilayah. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker