Kumpulan ibu bapa beza pandangan berkait takwim sekolah

PKP ketika pandemik memaksa penutupan sekolah yang berpanjangan, dengan Putrajaya menangguhkan permulaan takwim sesi persekolahan lalu kepada Mac 2022.

Kumpulan ibu bapa beza pandangan berkait takwim sekolah

Ketika ibu bapa mula menghantar anak ke sekolah untuk sesi baharu, timbul persoalan sama ada sekolah perlu dibuka semula pada Januari, sama seperti sebelum negara dilanda Covid-19.

Dua kumpulan ibu bapa mempunyai pandangan berbeza sama ada sesi persekolahan harus kembali kepada Januari atau diteruskan pada Mac, seperti dua tahun lalu selepas perintah kawalan pergerakan (PKP) mengganggu takwim sesi persekolahan.

Ketua kumpulan ibu bapa di Melaka, Mak Chee Kin, berkata Kementerian Pendidikan (KPM) harus “mengubah semula sesi persekolahan kembali ke Januari secepat mungkin” dengan mengurangkan aktiviti yang tidak perlu.

Mak berkata, satu pilihan ialah kelas tambahan diadakan pada Sabtu.

Bagaimanapun, Noor Azimah Abdul Rahim yang mengetuai sebuah lagi kumpulan ibu bapa berkata, mereka “tidak harus tergesa-gesa” untuk mendesak sesi persekolahan dimulakan pada Januari.

Katanya, murid mesti terlebih dahulu mencapai tahap diperlukan sebelum melangkah ke tahap seterusnya.

“Ia tidak boleh diabaikan bahawa terdapat keciciran pembelajaran selepas Covid, dan ia masih wujud kerana jurang itu tidak dapat dirapatkan,” katanya.
“Mempercepatkan takwim persekolahan harus menjadi proses yang beransur-ansur.”

Ketua majlis perundingan persatuan ibu bapa dan guru kebangsaan berkata memandangkan permulaan bulan Mac baru-baru ini diperkenalkan, “lebih banyak masa” diperlukan sebelum mengembalikan permulaan takwim persekolahan kepada Januari.

Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula berkata, memandangkan sesi persekolahan bermula Mac baru saja diperkenalkan “lebih banyak masa” diperlukan sebelum mengembalikan sesi itu kepada Januari semula.

Ini akan membolehkan kanak-kanak mengejar pelajaran yang tercicir selepas terganggu akibat pandemik.

Presiden PIBGN, Ali Hasan, berkata salah satu sebab KPM membuat pertimbangan memutuskan untuk tidak mengembalikan sesi kepada Januari adalah disebabkan musim tengkujuh.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Pkharuddin Ghazali, berkata kementerian tidak bercadang memulakan takwim persekolahan baharu pada Januari.

Beliau juga berkata, pertandingan sekolah, sambutan dan upacara yang tidak memberi kesan ketara kepada warga sekolah tidak akan diadakan.

Sesi persekolahan 2023-2024 bermula di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor semalam, manakala sekolah di negeri lain dibuka semula hari ini. FMT

Kumpulan ibu bapa beza pandangan berkait takwim sekolah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker