Air mata PM dan Pemaisuri Agong gugur

 

Kuala Lumpur: Suasana sedih menyelubungi Istiadat Perbarisan Peringatan Hari Polis ke-216, apabila tragedi berdarah Kampung Tanduo, Lahad Datu yang berlaku hampir sedekad lalu dipersembahkan semula dalam bentuk persembahan pantomin oleh sekumpulan anggota polis.

Lebih menyentuh perasaan apabila tiga anak kepada Allahyarham Asisten Superintendan Zulkifli Mamat iaitu Mohd Akmal Amuruddin, 15, Noor Muhammad Aqil, 11, dan Noor Aqib Syahid, 10, yang turut membuat kemunculan dalam persembahan itu.

Turut bersama dalam pantomin itu ialah anak kepada Sarjan Sabarudin Daud, Haziq Wahiduzzaman, 28, dan Hareq Zafri, 21.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kelihatan sebak manakala Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat menitiskan air mata menyaksikan pantomin itu.

Pantomin menceritakan tragedi pengusiran kumpulan yang mendakwa pewaris berketurunan ‘Raja Sulu’ dari selatan Filipina itu dipersembahkan oleh lebih 80 anggota polis, yang kebanyakannya terbabit dalam tragedi pada 2013.

Pada 1 Mac 2013, dua anggota polis, Zulkifli dan Sabarudin terkorban manakala 12 anggota kumpulan penceroboh terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan itu dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanduo.

Keesokan harinya, enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Sri Jaya Simunul, Semporna.

Selain Zulkifli dan Sabarudin, turut terkorban dalam tragedi berdarah itu ialah Asisten Komisioner Ibrahim Lebar, Asisten Superintendan Michael Padel, Sarjan Abdul Azis Sarikon, Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, Sarjan Detektif Baharin Hamit, Koperal Salam Tugiran dan Prebet Ahmad Hurairah Ismail.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker