Polis serah kertas siasatan dakwaan serang Yusoff Rawther kepada pendakwa

Polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung dakwaan serangan ke atas Yusoff Rawther oleh pembantu Presiden PKR, Anwar Ibrahim kepada pendakwa raya.

“Kami kini menunggu arahan,” Ketua Polis Petaling Jaya Nik Ezanee Mohd Faisal ketika dihubungi oleh FMT.

FMT cuba mendapatkan komen daripada Jabatan Peguam Negara.

Semalam, Yusoff, bekas pegawai penyelidik Anwar, menyuarakan kebimbangan bahawa pertemuan terbaru Anwar dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin mungkin memberi kesan ke atas siasatan polis berhubung insiden serangan tersebut.

Mei lepas, Yusoff membuat laporan polis yang mendakwa setiausaha politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyerangnya di sebuah banglo yang digunakan oleh Anwar sebagai pejabat menyebabkan kecederaan pada bahunya.

Laporan perubatan daripada Hospital Pantai menyebut beliau mengalami kecederaan dan koyakan di bahagian baru yang memerlukan pembedahan dengan kos RM4,000.

Farhash, yang merupakan pengerusi PKR Perak, berulang kali menafikan dakwaan itu.

Pada Januari, Yusoff berkata, beliau dimaklumkan oleh pegawai penyiasat kes itu bahawa timbalan pendakwa raya memutuskan tidak wujud kes terhadap Farhash.

Pada bulan berikutnya, Jabatan Peguam Negara membuka semula siasatan berhubung insiden tersebut.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker