Kes kematian Teoh Beng Hock dibuka kembali, semua saksi dipanggil mengadap Polis

 

Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil semua saksi berhubung kes kematian Teoh Beng Hock, 14 tahun lalu, bagi melengkapkan kertas siasatan yang dibuka kembali sebelum mengemukakannya semula kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan itu dibuat susulan AGC mengembalikan kertas siasatan Beng Hock kepada pegawai penyiasat (IO) bagi membuat rakaman percakapan lanjut saksi penting berhubung kematian pemuda berkenaan.

“Kertas siasatan terbabit sudah dikembalikan oleh pihak AGC kepada IO, pada 6 Januari lalu. PDRM sudah diminta untuk membuat rakaman percakapan lanjut saksi penting sebelum mengemukakan semula kertas siasatan itu kepada AGC bagi arahan selanjutnya.

“Sehubungan itu, PDRM akan memanggil semula semua saksi bagi melengkapkan kertas siasatan dan saya tidak berhasrat untuk mengulas lebih lanjut berhubung kes ini bagi mengelakkan ia mengganggu siasatan,” katanya melalui jawapan bertulis, di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Chow Yu Hui (PH-Raub) yang meminta menteri dalam negeri menyatakan status siasatan semula semula mendiang Teoh Beng Hock sejak 2018 dan kesudian Kerajaan Perpaduan menubuhkan satu pasukan siasatan baharu untuk menyiasat kes itu mengikut Seksyen 302 atau 304 Kanun Keseksaan

Pada masa sama, Saifuddin Nasution berkata, PDRM membuka kembali kertas siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan (Kurungan Salah) selepas ia diputuskan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 2018.

Beng Hock ditemukan mati di tingkat lima bangunan Plaza Masalam, Shah Alam, Selangor, selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 bangunan itu pada 16 Julai 2009.

Mendiang ialah Setiausaha Politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Kembangan ketika itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker