Tabung Haji galak jemaah bayar penuh kos haji

Kuala Lumpur: Lembaga Tabung Haji (TH) menggalakkan jemaahnya yang mampu untuk membayar penuh kos menunaikan ibadat itu sekali gus membantu TH mengurangkan perbelanjaan Bantuan Kewangan Haji (Hafis).

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Sri Amrin Awaluddin berkata, TH pertama kali mengeluarkan surat tawaran dan memperkenalkan tujuh tahap kadar pembayaran yang boleh dipilih oleh jemaah haji di dalam surat tawaran berkenaan.

Katanya, surat tawaran akan dikeluarkan mengikut kategori iaitu 50 peratus B40, 48 peratus golongan M40 dan dua peratus T20.

“Bagi B40 mereka perlu bayar RM10,980, manakala M40 RM15,980 dan T20 bayaran penuh RM30,850, mereka akan terima surat untuk membayar mengikut jumlah ditetapkan.

“Tahun ini dalam surat tawaran kita perkenalkan tujuh tahap pembayaran, jemaah diberi pilihan sama ada ingin membayar mengikut jumlah Hafis, B40 RM10,980 dan M40 RM15,980 atau mahu membayar penuh (tanpa Hafis) iaitu RM30,850,” katanya katanya pada sidang media pengumuman kos, bayaran dan bantuan kewangan haji 2023 di Menara TH, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebelum ini, ada jemaah B40 yang tidak mengambil Hafis dan mereka membayar penuh kos tunaikan haji RM28,632 tahun lalu.

Katanya, setengah jemaah memilih membayar lebih untuk kos haji tetapi bagi mereka yang tidak mampu membuat pembayaran penuh, boleh menggunakan tujuh tahap pembayaran ditawarkan.

“Sebagai contoh, M40 yang tidak mahu membayar RM15,980, tetapi mereka merasakan untuk ikhlas dan mengikut apa yang ditentukan oleh agama dari segi istito’ah, keberkatannya mungkin untuk mendapat haji mabrur, jadi mereka memilih untuk bayar lebih daripada ditetapkan.

“Disebabkan itu, kita ada lagi lapisan pembayaran iaitu RM17,000, RM19,000, RM21,000, RM24,000 dan sebagainya. Jadi, mereka boleh memilih mengikut kemampuan masing-masing dan ini memberi ruang kepada jemaah haji kita serta membantu semula TH mengurangkan pengeluaran Hafis yang terpaksa kita tanggung (RM400 juta) tahun ini,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu ramai juga jemaah haji dalam kalangan B40 yang sepatutnya membayar RM10,989 tetapi membayar penuh (RM28,632) untuk mendapat haji mabrur dan mengurangkan Hafis.

Sementara itu, sebanyak 31,600 surat tawaran menunaikan ibadah haji dikeluarkan TH bermula Rabu ini dan akan diedarkan secara berperingkat kepada jemaah terpilih.

Bagi pemilihan penggiliran, Amrin berkata, TH terus memohon bantuan kepada Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji bagi Malaysia.

“Setakat ini, daripada 8.8 juta pendeposit TH, 3.8 juta daripadanya sudah mendaftar untuk menunaikan haji iaitu tempoh menunggunya 146 tahun.

“Kuota yang ditetapkan bagi kita adalah 0.1 peratus daripada jumlah populasi. Pada 2020 dan 2021 tiada ibadat Haji dan tahun lalu pula hanya segelintir yang dibenarkan menunaikan ibadat Haji (64 tahun ke bawah), jadi tahun ini ada jemaah terpilih dari tahun 2020, 2021 dan 2022 yang tidak dapat lagi menunaikan haji,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Donald Trump bakal ditangkap esok

Mahathir tuduh kerajaan Anwar diktator

Saingan naib presiden Umno, hanya beza 6,000 undi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker