Keselamatan negara terancam jika kerajaan lepaskan tahanan SOSMA

PETALING JAYA: Pembebasan tahanan Sosma secara serta merta boleh mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara, kata penganalisis keselamatan.

Pakar kajian hubungan antarabangsa, keselamatan dan undang-undang di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Mizan Mohammad Aslam berkata, tahanan Sosma terbabit dengan pelbagai kesalahan serius seperti pengintipan, jenayah terancang dan keganasan.

Katanya, penggunaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) penting untuk negara kerana ia bertujuan mengekang jenayah berbahaya.

Mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer supaya tahanan Sosma dibebaskan serta-merta sementara menunggu sesi libat urus berhubung penambahbaikan akta itu selesai, Mizan berkata, cadangan wakil rakyat DAP itu tidak mencerminkan patriotisme.

“Rayer tidak melihat kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadi. Tahanan Sosma terbabit dengan pelbagai kesalahan serius termasuk pengintipan, pengkhianatan, jenayah terancang, keganasan dan segala bentuk perbuatan subversif yang boleh mendatangkan bahaya dan mengancam keselamatan serta kedaulatan negara,” katanya kepada FMT.

Mizan berkata, cadangan Rayer supaya tahanan Sosma dibebaskan akan meletakkan negara dalam keadaan berisiko walaupun negara mempunyai undang-undang lain.

“Rayer harus faham bahawa kesalahan bawah Sosma adalah serius dan cukup bahaya. Kita belajar daripada apa yang berlaku selepas Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dibatalkan.

“Selepas ISA dibatalkan, negara mengalami peningkatan kes jenayah, keselamatan negara terancam dan lain-lain lagi sehingga memaksa kerajaan, dalam kadar yang segera, melaksanakan undang-undang alternatif dengan memperkenalkan Sosma pada 2012,” katanya.

Tambahnya, mana-mana pihak tidak perlu bimbang berlakunya penyalahgunaan kuasa oleh polis bawah Sosma kerana ia boleh ditangani melalui Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi.

“IPCC akan memantau dan mengambil tindakan ke atas mana-mana anggota polis yang menyalahgunakan kuasa dalam melaksanakan tanggungjawab yang termaktub dalam perlembagaan.

“Malah Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail sendiri bersetuju bahawa IPCC akan dilaksanakan mulai Jun 2023. Penubuhan IPCC juga adalah hasil perjuangan pelbagai pihak, termasuk Rayer sendiri,” katanya.

Tambahnya, jika kerajaan bersetuju membebaskan juga tahanan Sosma, ia tidak boleh dilakukan secara automatik dan perlu diteliti berdasarkan kes dan darjah penglibatan mereka dalam sesuatu jenayah.

“Sementara menunggu sesi libat urus tersebut selesai, penubuhan satu jawatankuasa untuk meneliti setiap kes mungkin boleh dipertimbangkan,” katanya.

Semalam, Rayer menggesa agar Sosma tidak digunakan lagi dan tahanan dibebaskan serta-merta sehingga sesi libat urus antara kerajaan dan pihak berkepentingan diadakan.

Desakan Rayer itu menyusuli kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh pada 23 Dis yang memaklumkan Saifuddin bersetuju untuk mengkaji dan mengadakan perbincangan mengenai peruntukan Sosma.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Mufti-mufti tegur anak Muhyiddin kerana guna gelaran Priest

Pele, legenda bola sepak Brazil akhirnya meninggal dunia

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker