PRN Johor: Penguasaan BN semakin meluas PH, PKR dan PN gagal dalam saingan

Pakatan Harapan (PH) termasuk PKR dilihat ‘tidak bermaya’ untuk menyekat penguasaan BN dalam Pilihan Raya Negeri PRN Johor.

Berdasarkan hasil kaji selidik Ilham Centre, perpecahan pembangkang memberi kelebihan kepada BN dan PH dilihat buntu mencari formula magis bagi mengembalikan kegemilangan pencapaian mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ilham Centre juga menjangkakan BN mampu memenangi sekurang-kurangnya 35 kerusi manakala PH selesa di 10 kerusi.

“Baki lagi 11 kerusi pula tidak dapat dibaca kerana berlaku perebutan sengit untuk dimenangi oleh Perikatan Nasional (PN), BN dan PH.

“Perikatan Nasional (PN) ternyata menjadi saingan utama kepada BN tetapi peratusan bukan Melayu yang tidak menyokong gabungan ini yang menyebabkan mereka gagal mengatasi BN.

“BN sebenarnya mendapat laba keuntungan apabila undi Cina disudutkan kepada PH dan undi Melayu pula terpecah-pecah dalam saingan tiga penjuru atau lebih.

“PRN Johor akan membuktikan dengan jelas sekiranya berlaku perebutan undi mengikut etnik akan memberikan keuntungan melalui undi yang sekadar mencukupi kepada BN,” katanya dalam laporan eksekutif yang dikeluarkan Ilham Centre.

Menurut laporan itu lagi, pembangkang tidak mempunyai pilihan selain bekerjasama membina sebuah gabungan atau ‘electoral pact’ yang boleh merangkumi setiap segmen pengundi.

Sekiranya pihak pembangkang gagal memenuhi syarat ini, kesimpulannya sudah dapat dijangka dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ternyata peribahasa Melayu, ‘Jong pecah yu kenyang’ tepat dalam menggambarkan apa yang berlaku dalam pilihan raya ini.

“Perpecahan pembangkang yang terlalu rencam dan berbilang penjuru memecahkan kekuatan undi PH semasa pilihan raya umum yang lalu, secara taktikalnya menguntungkan BN,” katanya lagi.

Kemunculan parti-parti baru yang pertama kali mencuba nasib dalam medan demokrasi seperti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Warisan dan Parti Bangsa Malaysia (PBM), kata laporan itu telah memeriahkan pilihan raya kali ini sebagai pesta demokrasi sekaligus menjadi tanda aras pilihan raya umum akan datang.

Katanya, Muda dilihat terkehadapan berjaya menjalinkan kerjasama pakatan pilihan raya bersama PH meskipun bertembung dengan PKR di Larkin.

“Dalam kajian ini, majoriti responden menyatakan persaingan utama merebut perhatian pengundi ialah tiga gabungan politik utama iaitu BN, PN dan PH.

“Parti-parti kecil yang lain menerima sokongan berbeza-beza mengikut lokaliti tetapi tidak mampu mencabar tiga gabungan tersebut,” kata laporan itu lagi.

PRN Johor: Penguasaan BN semakin meluas PH, PKR dan PN gagal dalam saingan

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


 

Johor kurang kesedaran politik Islam, Muhyiddin pertahan kenyataan Hadi

Tangmo Nida Dipaksa Layan Nafsu Lelaki VVIP Sebelum Jatuh Bot? [VIDEO]

PRN Johor: PKR melenting, MUDA balas balik

Pedas!! Mas Idayu Kesian Dengan Netizen, Beli Top-up Untuk Benda Bodoh [VIDEO]

 

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker