Fakhruddin ganti Najib selepas 41 tahun

Fakhruddin ganti Najib selepas 41 tahun

Selepas 41 tahun, jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan yang selama ini dipegang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, kini beralih kepada EXCO Kerajaan Pahang, Datuk Fakhruddin Mohd Arif.

Jawatan itu dipangku Datuk Seri Zamri Ramly selepas Najib yang memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan sejak 1982 dikekalkan sabitan dan hukuman penjara serta denda ke atasnya oleh Mahkamah Persekutuan pada Ogos tahun lalu.

Perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pekan itu akhirnya dimenangi Fakhruddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebar selepas mendapat 449 undi, menewaskan Zamri yang mendapat 335 undi pada pemilihan UMNO sesi 2023-2026.

Bagi jawatan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pekan pula dimenangi Datuk Ahmad Rahimi Samad selepas menewaskan Mohd Sharim Md Zain yang juga ADUN Chini.

Jawatan Naib Ketua UMNO dimenangi Datuk Mohd Nizar Najib yang juga EXCO Kerajaan Pahang selepas menewaskan Asmayudim Uyub.

Mengulas kemenangan itu, Fakhruddin berkata, amanah besar itu akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin dan sepenuh hati.

Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak khususnya mereka yang bertanding dan semua ahli UMNO bersama membina kembali kekuatan parti itu.

“Pemilihan ini untuk kita mencari yang terbaik, tetapi matlamat kita adalah untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan mengembalikan semula UMNO di persada negara serta disukai rakyat.

“Itulah perkara penting yang perlu kita semua lakukan,” katanya.

Sementara itu, bekas Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Paya Besar menewaskan penyandang, Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman selepas memperoleh 338 undi.

Bekas EXCO Kerajaan Pahang yang juga bekas ADUN Kuala Sentul, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin pula berjaya mempertahan jawatan Ketua UMNO Bahagian Maran dengan menerima 509 undi. BH

Fakhruddin ganti Najib selepas 41 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker