PH-BN tidak memerlukan bantuan MCA dan MIC untuk mendapatkan undi bukan Melayu – Penganalisis

Penganalisis politik menyifatkan keputusan MCA dan MIC tidak menyertai PRN di enam negeri sebagai langkah bijak.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, keputusan dua parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mungkin tidak menguntungkan dalam jangka pendek, tetapi lebih teruk jika mereka bertanding dan kalah.

“Ini kerana spekulasi akan mengatakan mereka tidak mampu menarik pengundi yang akan mengundi Pakatan Harapan (PH).



“Jadi, keputusan MCA dan MIC bertujuan mengelakkan keadaan lebih teruk jika calon mereka tewas. Ini risiko yang tidak boleh diambil kerajaan perpaduan buat masa ini,” katanya kepada FMT.

Azizuddin Sani dari Universiti Utara Malaysia pula menyifatkan “MCA dan MIC mengambil langkah bijak” memandangkan dua parti itu sukar mendapat kerusi kerana kebanyakan kerusi bukan Melayu dimenangi DAP atau PKR sebelum ini.

“Mereka patut fokus mendapatkan semula kepercayaan komuniti masing-masing dan mengukuhkan parti mereka.”

Kelmarin, dua parti komponen BN itu mengumumkan tidak akan menyertai PRN di enam negeri, sebaliknya akan memfokuskan persediaan menghadapi PRU16.



MCA dan MIC membuat keputusan itu walaupun Pengerusi BN, Zahid Hamidi minggu lalu berkata, dua parti itu akan diberikan kerusi untuk bertanding di semua enam negeri yang akan mengadakan PRN.

Azmil Tayeb dari USM berkata, MCA dan MIC tidak mempunyai sebarang “fungsi politik” dalam situasi semasa, dengan lebih 90% pengundi Cina dan India menyokong PH pada PRU15, sementara BN mendapat kurang 15% undi Melayu.

“PH-BN tidak memerlukan bantuan MCA dan MIC untuk mendapatkan undi bukan Melayu. Ia sangat memerlukan undi Melayu.”

 



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain



Ramai bimbang Alif Satar berguru dengan dua agamawan ini

Zul Ariffin jadi Mutawif? (Video)



Cebisan mayat berselerak



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker