Saya tahu apa dilalui abang saya – Jalaluddin Hassan

Saya tahu apa dilalui abang saya – Jalaluddin Hassan

Pelakon popular, Datuk Jalaluddin Hassan, 69, lebih mengenali abangnya yang juga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan hanya mereka serta keluarga tahu apa yang dilalui abangnya itu susulan tular video Musa bergaduh dengan isterinya di media sosial, baru-baru ini.

Jalaluddin ketika ditemui berkata, apa yang berlaku adalah masalah keluarga dan dia tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu.

“Saya tahu siapa abang saya dan siapa wanita itu. Saya tahu apa yang abang saya lalui selama ini,” katanya.

Jalaluddin berkata, Musa sebenarnya lega apabila perkara itu tersebar.

“Dia beritahu dia gembira bila perkara itu terbongkar. Dia pun sudah failkan perceraian dan wanita itu masih mengganggunya. Dia turut meminta wanita itu berhubung dengan peguam.

“Dia juga yang sebenarnya pujuk saya. Iyalah bila orang bercakap mengenai perkara itu, mesti orang kaitkan nama saya juga. Dia minta saya untuk sentiasa menjadi kuat.

“Dia turut menghubungi adik-beradik bertanyakan keadaan mereka. Bila abang saya buat kenyataan, peguam dia sudah bersiap sedia untuk pantau segala komen netizen,” katanya.

Terdahulu, polis sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian membabitkan Musa dan isterinya selepas rakaman video mereka tular di media sosial.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim memberitahu, kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat. HM

Saya tahu apa dilalui abang saya – Jalaluddin Hassan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Uqasha kesal dituduh pembuli zaman sekolah

Pelanggan mabuk pukul pekerja Restoren Pelita [VIDEO]

Checklist Ramadhan Yang Patut Diamalkan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker