`Rim kereta saya pun bengkok’, Sultan Johor minta peruntukan baiki jalan, lebuh raya
`Rim kereta saya pun bengkok’, Sultan Johor minta peruntukan baiki jalan, lebuh raya
ISKANDAR PUTERI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, berharap Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan untuk membaiki jalan yang rosak teruk dan berlubang di Lebuhraya Pasir Gudang.
Sultan Ibrahim bertitah, Jalan Johor Bahru-Mersing turut mengalami isu sama dan berbahaya kepada pengguna jalan raya.
“Saya berharap supaya peruntukan pembaikan jalan Persekutuan disalurkan untuk membaiki laluan Lebuhraya Pasir Gudang dan Jalan Johor Bahru-Mersing yang berlubang dan amat membahayakan pengguna jalan raya.
“Habis rim kereta saya pun bengkok,” titah baginda ketika merasmikan pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri ke-15 di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.
Pada Jun tahun lalu, Sultan Ibrahim dilapor meminta Kerajaan Persekutuan supaya segera menunaikan janji untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) kepada enam lorong dan Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) kepada empat lorong.
“Lihat juga keadaan jalan Persekutuan yang rosak dan berlubang, contohnya Jalan Johor Bahru-Mersing yang membahayakan pengguna jalan raya.
“Saya rasa seolah-olah Johor ini dianaktrikan, walhal Johor antara penyumbang utama ekonomi negara,” titah baginda ketika merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, tahun lalu.
Dalam pada itu, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan yang meluluskan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara-Selatan dari Yong Peng-Senai kepada enam lorong.
“Saya ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mendengar permintaan Johor dengan memberikan peruntukan dalam Belanjawan 2023 untuk menaik taraf Lebuhraya Utara Selatan dari Yong Peng ke Senai kepada enam lorong.
“Kalau boleh, buatlah dari Gemas, buat apa separuh jalan. Kerajaan Pusat juga akan sediakan lorong memotong di Lebuhraya Senai-Desaru dari Pasir Gudang ke Bandar Penawar, satu-satunya lebuh raya di Malaysia yang hanya ada dua lorong dan dikenakan bayaran tol,” titah baginda.
Dalam pembentangan Belanjawan 2023 lalu, Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk melaksanakan beberapa projek naik taraf jalan raya Persekutuan dan lebuh raya.
Antaranya projek naik taraf jaringan lebuh raya ke Pengerang, dengan membina lorong memotong di Senai-Desaru Expressway, serta projek naik taraf Lebuhraya Utara Selatan laluan Yong Peng Utara-Senai Utara Fasa 1 kepada enam lorong, membabitkan kos RM525 juta secara berfasa. BH
`Rim kereta saya pun bengkok’, Sultan Johor minta peruntukan baiki jalan, lebuh raya
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?
You must be logged in to post a comment.