Menu Siswa Rahmah RM3.50 di universiti awam, politeknik

Menu Siswa Rahmah RM3.50 di universiti awam, politeknik

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memperkenalkan Menu Siswa Rahmah, dengan hidangan pada harga RM3.50 di 20 Universiti Awam (UA) serta semua politeknik di seluruh negara.

Menteri KPT, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata inisiatif itu akan memanfaatkan 320,000 mahasiswa daripada keluarga B40.



Beliau berkata, KPT sentiasa menyokong dan berusaha membantu pelajar miskin terutama golongan B40 supaya mereka tidak terjejas dalam melanjutkan pengajian hanya kerana kesusahan dan keperitan hidup.

“Jadi, hari ini saya ingin menyatakan KPT sudah mendapat komitmen penyertaan daripada semua 20 UA dan politeknik, membabitkan sebanyak 235 gerai yang menawarkan makanan pada harga RM3.50.

“Langkah ini dapat membantu menangani kos sara hidup yang tinggi,” katanya selepas meninjau pelaksanaan inisiatif Menu Siswa Rahmah di Kafeteria Randau Rasa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Menu Siswa Rahmah itu dapat disediakan berikutan pihak UA tidak mengenakan kos penyewaan gerai kepada peniaga, membabitkan kos RM3 juta setahun di UA dan RM700,000 setahun di politeknik.



“Dengan tidak membayar sewa itu, pengusaha dapat mengurangkan harga makanan kepada pelajar,” katanya.

Pada masa sama, katanya, UA dan politeknik terbabit masih menyediakan Menu Rahmah, dengan hidangan pada harga RM5 kepada mereka yang berkemampuan.

“Untuk membezakan mahasiswa yang layak membeli Menu Siswa Rahmah, pihak UA dan politeknik menyediakan token kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, ditanya sama ada KPT masih meneruskan moratorium ke atas kenaikan yuran pengajian ketika ini, beliau berkata, pihaknya tiada cadangan menaikkan yuran ketika ini.



“Setakat ini kita tiada cadangan naikkan yuran pengajian,” katanya.

Selain itu, ditanya sama ada mahasiswa boleh berpolitik di kampus, beliau berkata, tiada masalah untuk mereka berbuat demikian.

“Mahasiswa tiada masalah berpolitik di kampus. Setakat ini, ada dengar mana-mana mahasiswa kena tangkap?” jawabnya ringkas. BH

Menu Siswa Rahmah RM3.50 di universiti awam, politeknik



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia



Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker