Peluang mengaji al-Quran secara bersanad dengan ulama Mesir

Peluang mengaji al-Quran secara bersanad dengan ulama Mesir

Umat Islam di negara ini berpeluang untuk mengaji al-Quran secara bersanad dengan ulama Mesir, Syeikh Hasan Abdul Ghani Mohammad Abu Sittah yang juga pemegang sanad al-Quran ke-30 daripada Rasulullah SAW.

Penganjur dan juga pengasas BeDaie, Muhammad Amar Mirza Ab Kadir Jailani berkata, pihaknya akan menganjurkan program Jelajah Bersanad bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani bermula bulan ini hingga April termasuk sepanjang Ramadan ini dan ia dibuka kepada sesiapa sahaja yang ingin memantapkan bacaan al-Quran.



“Syeikh Hasan Abdul Ghani yang kami bawa ini adalah pemegang sanad al-Quran ke-30 bermaksud generasi ke-30, iaitu ilmu al-Quran dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi lain tanpa gagal sedikit pun.

“Jadi, adalah pentingnya kita kembali ke tradisi keilmuan bersanad supaya dapat memberikan ketepatan ilmu al-Quran itu sendiri kepada pengamalnya dan menjadikan bacaan al-Quran itu lebih baik dan betul, terutama bacaan al-Fatihah yang juga rukun dalam solat,” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Muhammad Amar berkata, program Jelajah Bersanad itu bukan hanya tertumpu di masjid sahaja, tetapi juga akan diadakan dengan pembabitan pelbagai anggota badan beruniform dan juga jabatan kerajaan seperti anggota bomba, pegawai penjara dan juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pada masa sama, Muhammad Amar berkata, pihaknya merancang untuk mengadakan program khas 24 jam bersanad bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani pada 15 April ini di Semenyih Ecoventure Resort And Recreation.



“Sesiapa sahaja boleh datang untuk menyemak dan membaiki bacaan al-Quran 24 jam bersama Syeikh Hasan Abdul Ghani pada hari itu dengan dibantu anak muridnya yang diiktiraf, kita hanya mengehadkan pada waktu makan dan solat sahaja,” katanya dan menambah setiap individu akan diberikan sijil sanad.

Selain itu, Muhammad Amar berkata, BeDaie adalah madrasah digital menawarkan kelas al-Quran dalam talian dan menjawab kemusykilan berkaitan agama, turut mempunyai 10,000 guru agama bersiap sedia untuk datang ke rumah bagi mempelajari agama di seluruh negara. HM

Peluang mengaji al-Quran secara bersanad dengan ulama Mesir

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia

Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?



Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker