Mahkamah keluar waran tangkap exco Terengganu
Mahkamah Pilihan Raya Kuala Terengganu mengeluarkan waran tangkap terhadap exco negeri Mohd Nor Hamzah yang tidak hadir hari ini untuk menyambung keterangan dalam pendengaran petisyen pilihan raya bagi membatalkan kemenangan Presiden PAS Abdul Hadi Awang di Parlimen Marang.
Peguam Amin Othman, yang bertindak bagi pempetisyen Jasmira Othman berkata hakim Hassan Abdul Ghani mengeluarkan waran tangkap apabila Mohd Nor tidak hadir pada prosiding hari ini.
Jasmira merupakan calon BN bagi kawasan itu semasa pilihan raya umum lalu.
“Pada 14 Mac, Hassan Abdul Ghani telah mengarahkan Mohd Nor untuk kembali ke mahkamah pada 16 Mac untuk menyambung semula keterangannya.
“agaimanapun pada pagi 16 Mac (hari ini), Mohd Nor gagal hadir ke mahkamah.
“Oleh itu, atas permohonan peguam pempetisyen, mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Mohd Nor.
“Perbicaraan petisyen pilihan raya Parlimen Marang akan disambung pada 19 Mac,” kata Amin
Media sebelum ini melaporkan petisyen itu difailkan pada 3 Jan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Ketua Umno Terengganu Ahmad Said dilaporkan berkata antara perkara yang dibangkitkan dalam petisyen itu ialah dakwaan PAS telah merasuah pengundi dengan mengagihkan bantuan kewangan daripada kerajaan negeri – melalui inisiatif i-Pension, i-Belia dan i-Student – antara 15 dan 17 Nov 2022 menjelang PRU15.
Abdul Hadi mempertahankan kerusi Marang dengan majoriti 41,729 undi, menewaskan tiga calon lain – Jasmira, Azhar Ab Shukur (PH) dan Zarawi Sulong (Pejuang).
Sementara itu peguam Yusfarizal Yusoff, yang bertindak bagi responden menjelaskan Mohd Nor pada mulanya memohon untuk hadir pada sebelah petang memandangkan saksi ada urusan penting yang perlu diselesaikan.
Peguam itu menjelaskan bahawa mahkamah pilihan raya bagaimanapun tidak membenarkan dan mahu saksi itu datang pagi ini, dan waran tangkap dikeluarkan apabila saksi tidak hadir.
“Mahkamah telah mengeluarkan waran tangkap untuk YB (Mohd Nor) untuk terus memberi keterangan pada Ahad,” kata Yusfarizal ketika dihubungi.
Hari kelepasan am Terengganu adalah pada hari Jumaat dan Sabtu, oleh itu mahkamah di negeri ini beroperasi pada hari Ahad hingga Khamis (jika tiada sebarang cuti umum lain).
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.