Belum dapat apa-apa daripada Vida
Belum dapat apa-apa daripada Vida
Peguam Mohammad Izwan Azmi yang mewakili 41 mangsa skim pelaburan mata wang kripto milik Datuk Seri Vida iaitu Lavida Coin (DSV Crypto Club, LUX Galaxies and VI Profit Galaxy memaklumkan tidak menerima sebarang notis lantikan peguam yang mewakili Vida dalam kes ini.
Izwan dari Tetuan Izwan Mazniza Kamil & Associates berkata, tiada sebarang perkembangan terbaru walaupun mahkamah menetapkan 20 Mac ini untuk memaklumkan status kes teikini selain memfailkan permohonan taksiran kos oleh pihak mahkamah.
“Setakat hari ini kami tak terima sebarang notis Vida melantik peguam. Sampai hari ini belum ada apa-apa daripada Vida mahupun peguam yang dilantiknya,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu pada 10 Mac lalu, Izwan dalam sidang media bersama mangsa-mangsa terbabit mengemukakan tuntutan kerugian berjumlah RM59 juta terhadap usahawan kosmetik terbabit.
Mereka menuntut janji Vida mengembalikan wang pelaburan yang dibuat sejak 2018 serta keuntungan yang dijanjikan.
Vida dan pembantu peribadinya sebelum ini yang dikenali sebagai Diyla bertindak menyekat panggilan dan mesej WhatsApp.
Mereka turut memfailkan saman terhadap Vida di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersama tiga lagi rakan kongsinya yang menjalankan Lavida Coin. Mereka adalah Shuhada Ab Aziz, Mohd Kamarul Azmi dan Noordin Sahlam.
Izwan juga sudah mengemukakan writ saman dan pernyataan tuntutan kepada Vida selaku defendan pertama pada 15 Disember tahun lalu di Empire Beauty DSV, Angsana Mall, Ipoh, Perak. HM
Belum dapat apa-apa daripada Vida
Baca Artikel Menarik:
- Datuk Roy akan ditahan semula lepas bebas dengan jaminan SPRM
- Johari tuntut siasatan susulan Wee ‘ditekan’ atas kenyataan di Parlimen
- Laporan polis terhadap Faizal Azumu dibuat
- Menu Rahmah idea tak masuk akal yang meletup
- Zahid boleh diguling melalui undi tak percaya – Noh
- Kamera dashcam rakam kelibat hantu tengah lebuh raya [VIDEO]
- UMNO tak akan menang walau satu kerusi di Kelantan – Fadhli
- Dulu kaki patah sebelah, sekarang patah lagi satu – Zahid
- Bersatu buat laporan polis terhadap PM, TPM
- Pekerja bunuh majikan guna gergaji rantai
- All England, juara dunia bungkus awal
- Deepak guna nama PMO ugut ahli parlimen
- SPRM tahan empat individu seleweng sukuk lebih setengah billion ringgit
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?