Anifah Aman bakal dilantik senator

Anifah Aman bakal dilantik senator

Bekas menteri luar Anifah Aman bakal dilantik sebagai senator dan dijangka mengangkat sumpah di Dewan Negara Isnin ini.

Menurut laporan Daily Express, presiden Parti Cinta Sabah (PCS) berusia 69 tahun itu dilantik sebagai senator bagi penggal tiga tahun.



Pelantikan Anifah dipercayai dibuat atas saranan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang juga pengerusi Pakatan Harapan dan presiden PKR.

PCS tidak bertanding pada PRU15 lalu dan Anifah aktif berkempen untuk calon PH di Sabah.

Anifah yang juga bekas Ahli Parlimen Kimanis, pernah bersama Umno sebelum keluar parti pada September 2018 susulan penampilan suram parti itu pada PRU14.

Beliau baru-baru ini dilantik oleh Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor sebagai penasihat khas perhubungan antarabangsa dan pelaburan asing. FMT



Anifah Aman bakal dilantik senator

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Encik Sajat dedahkan hampir dirogol di Australia



Mahathir dan Muhyiddin kembali bergabung?

Berat badan tinggal 48kg, Yasin derita tiriod



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker