Kes Kamal Adli, suspek akan diheret ke mahkamah Singapura hari ini
SINGAPURA: Seorang lelaki yang menyerang artis Malaysia Kamal Adli dalam kejadian di Singapura akan dihadapkan ke mahkamah pada hari ini
Menurut Polis Singapura (SPF), lelaki berusia 33-tahun itu akan dituduh di mahkamah kerana “disyaki terbabit dalam kes menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya.”
“Jika sabit kesalahan, kesalahan menyebabkan kecederaan dengan sengaja menggunakan senjata berbahaya di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, rotan, atau mana-mana kombinasi hukuman itu,” kata SPF dalam satu kenyataan malam ini
Sebelum itu, SPF berkata pihak polis menerima panggilan tentang satu kes di Singapore Expo pada 9.19 malam hari Ahad (Mac 12) di mana suspek telah memukul seorang lelaki berusia 36 tahun menggunakan cota di lokasi itu.
“Cota itu dirampas dan dijadikan barangan kes dengan siasatan masih diteruskan.
SPF berkata ia mengamalkan toleransi-sifar terhadap apa-apa tindakan keganasan dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
Kamal, 36, yang mengalami kecederaan terpaksa menjalani pembedahan di sebuah hospital di republik itu.
Kamal dan isteri Uqasha Senrose berada di Singapura bagi acara Hari Raya Mega Sale 2023 selama tiga hari bermula Jumaat yang berlangsung di Dewan 5A, Singapore Expo.
Menurut Uqasha, kejadian berlaku di akhir acara itu tetapi tidak memberikan butiran apa yang menyebabkan suaminya itu diserang.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin terima pengubahan wang haram melibatkan jumlah RM 5 juta
- Najib dibebaskan atau tidak, Mahkamah Persekutuan buat keputusan 31 Mac ini
- Muhyiddin tidak perlu berpolitik, jawab pertuduhan di Mahkamah
- Pilih pemimpin yang mahu bersama saya bukan pihak mahu memusnahkan UMNO – Zahid
- Dedahkan sahaja hasil siasatan SPRM terhadap Hakim Nazlan
- Kes Kamal Adli diserang kerana cemburu nikahi Uqasha Senrose
- Hamzah berhadapan dengan kesalahan OSA jika simpan fail KDN
- Tiga bergaduh lori berlanggar [VIDEO]
- Shermon Burgess, ketua aktivis anti-Islam terkemuka di Australia kini dapat hidayah Allah
- Anwar lantik Johari ketuai pasukan bertindak 1MDB
- Skandal Jana Wibawa, syarikat Cina di Bumiputerakan – Anwar
- Muhyiddin berdepan 6 tuduhan salah guna kuasa, pengubahan wang haram
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Kamal Adli boleh kehilangan nyawa jika sasaran penyerang tersasar ke bawah
Perompak dan peraba kemaluan gadis penjual ketum diburu Polis [VIDEO]